web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Namakan Semula Lebuhraya Utara-Selatan Sebagai Lebuhraya Tun Samy Vellu - Makkal Sakti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 2:43PM

Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sungai Besi dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 adalah antara pembangunan semasa Tun Samy Vellu menjadi Menteri Kerja Raya - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R S Thanenthiran mencadangkan supaya Lebuhraya Utara-Selatan dinamakan sebagai Lebuhraya Tun Samy Vellu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mendiang yang juga mantan Presiden MIC itu kepada pembangunan negara.

Bercakap kepada Wartawan selepas memberi penghormatan di kediaman Samy di sini, Thanenthiran berkata, pihaknya berharap agar cadangan itu diberi perhatian.

“Samy adalah tokoh tidak akan dilupakan. Saya berharap kerajaan akan mengumumkan penamaan semula lebuh raya itu sebagai tanda terima kasih atas sumbangan beliau kepada negara,” katanya.

Sambil menyifatkan Samy sebagai ‘bapa infrastruktur’ Malaysia, Thanenthiran berkata, ‘ikon negara’ itu harus diingati kerana jasanya yang terus memberi manfaat kepada masyarakat.

Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sungai Besi dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 adalah antara pembangunan semasa beliau menjadi Menteri Kerja Raya.

Sementara itu, mantan setiausaha akhbar Samy, Datuk E Sivabalan mencadangkan kerajaan menukar nama Jalan Raja Laut atau Jalan Ipoh di sini kepada Jalan Tun Dr S Samy Vellu, sebagai penghormatan kepada peranannya dalam membangunkan infrastruktur negara.

Katanya, MIC mencadangkan supaya Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia di Kedah dinamakan sebagai Universiti Tun Samy Vellu.

“Universiti ini diuruskan Maju Institute of Educational Development atau MIED yang merupakan sayap pendidikan MIC dan cetusan idea Samy,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Samy antara tahun 2002 dan 2008, selain menjadi Setiausaha Sulit Kanan pemimpin itu dari 2010 hingga 2018.

Samy meninggal dunia pagi semalam pada usia 86 tahun di kediamannya di sini.

Beliau adalah mantan Ahli Parlimen Sungai Siput dan menjadi Menteri Kerja Raya dari tahun 1979 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989 hingga 1995.

Sementara itu, orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Samy berpeluang berbuat demikian di kediamannya di No 19, Lengkongan Vethavanam, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh di sini.

Jenazahnya akan dibawa ke Krematorium DBKL di Cheras dari rumahnya pada pukul 3 petang hari ini. – The Vibes, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar