web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Malaysia: Titik Tolak Semarakkan Perpaduan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 11:51AM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari Malaysia yang disambut pada tarikh 16 September wajar dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan lagi perpaduan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, usaha itu perlu dilakukan berteraskan nilai Keluarga Malaysia, iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara dan semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, rakyat pelbagai kaum dilihat meninggalkan ucapan Selamat Hari Malaysia di ruangan komen hantaran Perdana Menteri tersebut.

 

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022, kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua anda berada. Tanggal...

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Thursday, September 15, 2022

Sementara itu, mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, sambutan Hari Malaysia adalah simbol penyatuan rakyat daripada pelbagai pelbagai kaum, latar belakang dan keturunan, sekali gus menjadi tonggak kekuatan negara selama ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengajak semua pihak agar memperkukuh kesepaduan Malaysia dengan sentiasa menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.“Sama-samalah kita jaga dan pelihara Malaysia yang kita cintai ini,” katanya.

 

Assalamualaikum wrth. Tanggal 16 September merupakan satu lagi tarikh bersejarah bagi negara kerana pada tarikh ini...

Posted by Muhyiddin Yassin on Thursday, September 15, 2022

Beliau turut menyeru semua pihak untuk menghargai segala pengorbanan pemimpin terdahulu dengan berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan perpaduan dan keharmonian dikecapi selama ini. - Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 8 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

2

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad