web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


11 Lagi Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Kerja Di Kemboja Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 11:32AM

Lebih 20 warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan haram di Kemboja tiba di KLIA baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelas lagi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja diselamatkan dan tiba ke tanah air semalam.

Dengan jumlah itu, Wisma Putra memaklumkan, seramai 123 daripada 153 mangsa sindiket penipuan diselamatkan sehingga semalam.

“Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh akan terus komited dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan serta menyelamatkan mangsa.

“Ini bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan sama, Wisma Putra merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Kemboja, melalui pihak berkuasa negara berkenaan atas kerjasama baik diberikan dalam mengesan serta menyelamatkan mangsa.

Pada masa sama, Wisma Putra berkata, individu atau waris kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, boleh berhubung terus dengan Kementerian Luar melalui Unit Bantuan Konsular Rakyat Malaysia di Luar Negara menerusi email [email protected]

“Selain itu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh juga boleh dihubungi melalui emel [email protected], sekiranya terdapat individu atau waris yang terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di negara tersebut, diselamatkan dan kembali ke tanah air.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang pada masa itu berada di Phnom Penh untuk lawatan kerja, membawa pulang kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Ketika lawatan kerjanya ke Phnom Penh, Saifuddin berkata, beliau sempat melawat tujuh rakyat Malaysia di depoh imigresen di ibu negara Kemboja itu, manakala 22 orang dilaporkan berada di Sihanoukville.

“Mereka akan dihantar pulang secara berperingkat bergantung kepada pihak imigresen Kemboja kerana ada yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, selain kes melibatkan siasatan pihak berkuasa di sana,” katanya. - Getaran, 16 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar