web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tol Percuma Sebulan Mulai Hari Ini Sempena Pembukaan Lebuhraya SUKE Fasa Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 7:02AM

SUKE mampu mengurangkan kesesakan trafik di lokasi terbabit sehingga 36 peratus pada waktu puncak dan menjimatkan masa perjalanan kepada 25 minit berbanding 75 minit di laluan sedia ada - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tol percuma selama sebulan akan diberikan mulai tengah hari hari ini sempena pembukaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) fasa pertama, yang mampu menjadi laluan alternatif utama di beberapa lokasi strategik seperti MRR2, Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew. 

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lebuh raya itu mampu mengurangkan kesesakan trafik di lokasi terbabit sehingga 36 peratus pada waktu puncak dan menjimatkan masa perjalanan kepada 25 minit berbanding 75 minit di laluan sedia ada. 

"Kerajaan komited dalam menangani isu kepadatan trafik di ibu negara bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia yang bekerja dan tinggal di sekitar Lembah Klang menerusi manfaat perjalanan lebih singkat dan pengurangan kadar pelepasan karbon. 

"Kesiapsiagaan dan pembukaan SUKE akan membawa impak signifikan terhadap usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik arus trafik khususnya untuk bahagian timur Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada pelancaran fasa pertama pembukaan Lebuhraya Bertingkat SUKE di Plaza Tol Bukit Teratai di sini semalam.

Beliau berkata lebuh raya itu turut mencatat pencapaian membanggakan apabila dua ciri uniknya berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records iaitu tanjakan ikonik helikodial pertama di negara ini dengan lingkaran dua tingkat dan Jejambat Galang Kekotak Bersegmen (SBG) tertinggi berukuran 56.4 meter dari paras tanah.

"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya ini sama ada agensi kerajaan mahupun swasta. Pengguna yang bakal menggunakan laluan lebuh raya alternatif ini diharap mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memandu secara berhemah. 

"Syarikat konsesi diingatkan agar mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan tahap perkhidmatan dan operasi yang terbaik diberikan kepada pengguna sambil mematuhi perjanjian konsesi," katanya. 

Dua ciri unik SUKE yang berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records adalah tanjakan ikonik helikodial pertama di negara ini dengan lingkaran dua tingkat dan Jejambat Galang Kekotak Bersegmen (SBG) tertinggi berukuran 56.4 meter dari paras tanah
Dua ciri unik SUKE yang berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records adalah tanjakan ikonik helikodial pertama di negara ini dengan lingkaran dua tingkat dan Jejambat Galang Kekotak Bersegmen (SBG) tertinggi berukuran 56.4 meter dari paras tanah

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan. 

Pengerusi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) Datuk Idris Kechot pula berkata pembukaan Lebuhraya Bertingkat SUKE merupakan kejayaan besar pihaknya sebagai pengendali lebuh raya terbesar di Lembah Klang sekali gus membawa limpahan ekonomi. 

"Sebanyak 248 kontraktor dan 10 perunding utama terlibat dalam pembinaan projek ini. Kira-kira 10,000 peluang pekerjaan disediakan merangkumi pelbagai peringkat dalam bidang pengurusan, kejuruteraan, teknikal, pembantu barisan hadapan dan pekerja kontrak," katanya.

Beliau berkata pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial turut dijalankan sepanjang pembinaan lebuh raya itu untuk membantu dan memberi kelegaan kepada penduduk setempat antaranya penambahbaikan Jalan Hulu Langat dan sebahagian jalan MRR2, pelebaran Jalan Ampang serta pembinaan semula Kuarters dan Balai Polis Trafik IPD Ampang Jaya. 

Dalam pada itu, PROLINTAS dalam kenyataannya memaklumkan pembinaan jajaran sepanjang 7.8 kilometer membabitkan Plaza Tol Alam Damai serta tiga lagi persimpangan yang masih berjalan dijangka selesai pada suku pertama tahun 2023 dan konsensi Lebuhraya SUKE yang bermula pada 25 Dis 2014 akan berakhir pada 24 Dis 2069. 

Lebuhraya SUKE menghubungkan beberapa rangkaian lebuh raya di Lembah Klang seperti Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KL-Seremban), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), MRR2, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Timur Lembah Klang (EKVE) yang masih dalam pembinaan pada masa akan datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad