web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulser Perut Berulang, Najib Hampir Diserang Angin Ahmar - Shafee

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 6:46PM

Muhammad Shafee, yang mewakili Najib, keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas sebutan kes 1MDB membabitkan anak guamnya itu hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hampir diserang angin ahmar kerana ulser perut yang berulang.

Berhujah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, ketua pasukan pembela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu, Ahli Parlimen Pekan itu itu berada dalam keadaan kritikal beberapa bulan lalu.

Katanya, pendarahan dialami Najib akibat ulser itu memaksanya menjalani pemindahan darah.

“Saya rasa tiga bulan lalu, beliau tidak menyedari keadaannya yang sangat kritikal, apabila kehilangan banyak darah tanpa diketahui punca. Apabila diperiksa, paras hemoglobinnya amat rendah.

“Beliau ibarat sebutir bom jangka. Beliau boleh sahaja diserang angin ahmar. Tetapi mereka (doktor) berjaya menangani situasi itu dan terpaksa memasukkan lima liter darah,” katanya hari ini.

Sejak Najib dipenjarakan jelas Shafee, doktor telah menjumpai sejumlah besar ulser baharu selepas bekas Perdana Menteri itu mengadu tidak selesa di bahagian abdomen.

“Beberapa ulser itu berdarah apabila disentuh. Atas sebab itu, beliau diperiksa untuk memastikan keadaan itu tidak mempunyai kaitan dengan tekanan darah tinggi dialaminya, sebaliknya mungkin berpunca daripada kekeliruan ubat-ubatan,” katanya.

Najib ketika ini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

The Vibes sebelum ini melaporkan, Najib diberikan cuti sakit sehingga esok oleh HKL kerana tekanan darah tinggi, sekali gus menyebabkan perbicaraan kes terpaksa ditangguhkan. - The Vibes, 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad