web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rina Dikecam Lagi, ‘Elok Buang Saja Perkataan Wanita Daripada KPWKM’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 3:30PM

Rina Harun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sepi seketika, nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun kembali hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya bermula dengan kata-kata beliau dalam video mengaitkan golongan wanita dengan bangun lambat yang dikongsi di media sosialnya, semalam.

Dalam video yang tular itu memaparkan Rina bersama pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang didakwa memperlekeh golongan wanita dengan menggunakan ayat seperti ‘suka bangun lambat’ dan ‘wanita semua lambat’ dalam klip pendek bersempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Tindakan itu turut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan beberapa pemimpin politik wanita daripada kerajaan dan pembangkang.

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam nada sinis menyarankan agar KPWKM yang diterajui Rina ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keluarga.

“YBM (Yang Berhormat Menteri), saya fikir elok KPWKM ditukar kepada “Kementerian Pembangunan Keluarga”, buang saja perkataan “wanita”.

“Senang kerja. Rugi semua usaha kementerian dalam isu menentang keganasan terhadap wanita. Bagai mencurah air ke daun keladi. Kasihan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh

Dalam pada itu, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggugurkan Rina sebagai menteri kerana memperlekehkan peranan wanita.

Menurut Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut, ini bukan kali pertama Rina menggunakan publisiti murahan yang menjatuhkan imej jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Cukuplah tiga tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar kementerian digunakan seperti ini.

“Yang harus "bangun daripada tidur" adalah Rina dan Timbalan Menterinya. Tiga tahun sudah melebihi ‘probation period’ untuk mereka "bangkit" membuat kerja,” katanya.

@dsrinaharun

Wanita selalu lambat? Jom sertai Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM yang akan diadakan di World Trade Centre bermula pukul 9 pagi esok. @Rosyam Nor #RinaHarun #ToWorkToEngage #KPWKMPrihatin #fyp #fypシ

♬ original sound - Rina Harun - Rina Harun

Jelas Hannah, ramai golongan ibu tidur lewat dan bangun sebelum subuh untuk membuat persiapan bagi keluarga tetapi mereka kerap menjadi mangsa stereotaip dan mangsa keganasan rumah tangga.

“Bagaimana seorang menteri boleh membenarkan skrip dan video promosi program kementerian yang merendahkan martabat dan mempersendakan golongan wanita?

“Rina Harun tidak dibayar gaji beribu-ribu setiap bulan oleh rakyat hanya untuk beliau membuat program. Rakyat bayar gaji menteri bukan untuk Rina buat kerja ‘event organiser’,” katanya.

Young Syefura Othman
Young Syefura Othman

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman turut menempelak tindakan Rina yang tidak sewajarnya dilakukan seorang menteri yang menjaga portfolio golongan wanita.

“Bangun lambat? Wanita lambat? Belasah kepala? Apa benda ni? Menteri Wanita kat sebelah tu boleh tersengih-sengih macam tu?” soalnya, tajam. – Getaran, 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Penduduk Berbeza Pendapat Kemampuan Rina Untuk Menang Di Sepang

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih 6,000 PPS Siap Siaga Hadapi Banjir - Rina

3

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Rina Harun Calon PN Di Sepang

4

Politik 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Bernikah Sejak 15 Tahun Lalu’, Takiyuddin Nafi Kahwini Rina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar