web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Saya Tak Bernikah Sejak 15 Tahun Lalu’, Takiyuddin Nafi Kahwini Rina

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 6:22PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Spekulasi sejak berbulan lalu bahawa Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkahwin dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun terjawab apabila Setiausaha Agung PAS itu, menafikannya.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, hari ini ‘membuka mulut’ dan berterus terang terhadap dakwaan berkenaan dengan mengatakan beliau tidak pernah bernikah dengan mana-mana wanita sejak 15 tahun lalu.

Malah, beliau menegaskan, perkahwinan merupakan isu yang sangat peribadi bagi setiap individu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam tempoh 10 tahun ataupun 15 tahun sebelum ini saya tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan sesiapa saja.

“Sepuluh tahun itu dua kali pilihan raya, 15 tahun itu tiga kali (pilihan raya). Saya… saya tak pernah mendirikan rumah tangga dengan siapa-siapa saja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dan mesyuarat di Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kota Bharu, hari ini.

Sejak April lalu, spekulasi bahawa Takiyuddin mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Titiwangsa itu menjadi isu hangat diperkatakan masyarakat, terutama di media sosial.

Dalam satu kenyataannya, Takiyuddin dilapor menjawab bahawa isteri beliau adalah seorang pengundi di Malaysia.

“My wife is a voter in Malaysia, so she’s considered as a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),” katanya.

Sementara itu, tindakan Takiyuddin dan Rina yang terus berdiam diri mengenai gosip perkahwinan mereka turut mendapat perhatian penganalisis politik.

Menurut mereka, perkara itu perlu diperjelaskan memandangkan pelbagai spekulasi timbul mengaitkan kedua-dua pemimpin berkenaan yang dikhuatiri menjejaskan karier politik masing-masing. - Getaran, 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 13 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran