web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Siasat Kehilangan Wanita, Dipercayai Diculik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 3:35PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang wanita berusia 36 tahun dilaporkan hilang sejak semalam di Kampung Semat Jal, Tumpat, dipercayai menjadi mangsa kes culik.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Amran Dolah berkata dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa dipercayai dilarikan oleh empat suspek lelaki menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.

“Suspek juga dikatakan bersenjatakan pistol dan ketika kejadian kereta yang dipandu dilihat menghala ke Wakaf Bharu, Tumpat.

"Polis Tumpat mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata orang ramai yang terjumpa dengan kenderaan terbabit diminta memaklumkan segera kepada Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menerusi talian 09-7450999 atau Gerakan Daerah 09-7257222 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

"Saya memohon kerjasama daripada orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad