web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persiapan Sambutan Hari Malaysia Di Melaka Berjalan Lancar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 7:11AM

Persiapan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir Jumaat ini, berjalan lancar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Persiapan dan persediaan sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir pada Jumaat ini, berjalan lancar.

Tinjauan Bernama pada sesi raptai malam semalam mendapati kerja-kerja pemasangan pentas utama, khemah untuk tetamu jemputan, tempat duduk penonton, ujian audio serta lain-lain sedang giat dijalankan.

Malah, barisan artis yang terlibat dalam persembahan seperti Shaharuddin Thamby dan artis budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) turut dilihat gigih membuat latihan bagi memberikan persembahan yang terbaik pada sambutan yang julung kalinya diadakan di Semenanjung.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata persiapan bagi sambutan itu setakat ini berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

"Pada pagi ini pula, raptai rangka akan dilaksanakan dan pada sebelah malam akan disambung semula dengan sesi raptai," katanya kepada Bernama.

Bagi menampung jumlah kehadiran pengunjung yang dijangka 20,000 orang di lokasi yang terletak di tengah-tengah pusat pelancongan itu, Dataran Pahlawan yang terletak bersebelahan Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan turut akan digunakan dan akan menempatkan skrin gergasi dan sistem audio bagi membolehkan pengunjung mengikuti sambutan secara langsung.

Sambutan Hari Malaysia kali ini turut menampilkan keunikan dengan tema busana era 50-an dan 60-an dipilih bagi meraikan sambutan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Krismas Meriah Dengan Upacara Keagamaan, Aktiviti Bersama Keluarga

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Program Rancakkan MADANI Bermula Esok, Hadiah Isttimewa Menanti Pengunjung

3

Rencana 8 bulan yang lalu

Hari Malaysia: Jalinan Ikatan Dari Borneo

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan Meriah Di Seluruh Negara, Serlah Semangat Patriotik Rakyat

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad