web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Rancakkan MADANI Bermula Esok, Hadiah Isttimewa Menanti Pengunjung

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2025 11:39AM

Sapian Mamat (kiri) melihat persiapan akhir Program Rancakkan MADANI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 (Program Rancakkan MADANI) diyakini mampu membantu rakyat memahami dengan lebih jelas visi dan misi Kerajaan MADANI.

Kini memasuki fasa akhir persiapan, program berskala nasional ini bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bertempat di pekarangan Dataran Putrajaya, program yang bermula esok hingga 7 Disember itu adalah wadah Pejabat Perdana Menteri menerusi Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan turut menerima kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Ketua Unit Komunikasi Korporat PACU, Sapian Mamat berkata, pelbagai inisiatif kerajaan akan dipaparkan termasuk pencapaian, kemajuan dasar serta keberhasilan inisiatif 2025 secara telus dan terus kepada rakyat.

Menurutnya, pengunjung juga boleh melihat sendiri kejayaan dilaksanakan oleh kerajaan dan agensi berkaitan, yang memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat.

“Keberhasilan Kerajaan MADANI mentadbir sepanjang tiga tahun akan dipersembahkan kepada orang ramai, seterusnya menjadi penilaian sebaiknya.

“Pada masa sama, program ini berfungsi sebagai platform mempromosikan dan menyebar luas Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), setelah pembaharuan digerakkan oleh Kerajaan MADANI bagi memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam,” katanya.

Sapian Mamat
Sapian Mamat

Jelas beliau, buat julung kali, program tiga hari ini menghimpunkan pelbagai inisiatif dan program utama kerajaan melalui lapan segmen utama di bawah satu bumbung.

“Pengisian ini termasuk pameran Produk Rakyat MADANI, Kesejahteraan Rakyat MADANI, Kepengerusian ASEAN dan hubungan antarabangsa, Ukhuwah Rakyat MADANI, Belia MADANI, Karnival Mini Pelancongan dan ARPA.

“Keseluruhan segmen juga dirangka sebaiknya menonjolkan ekosistem dasar kerajaan secara lebih holistik, mudah diakses dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya. 

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, termasuk pameran aset pertahanan negara, perkhidmatan kesihatan, pembudayaan komponen TVET dan STEM AI, karnival kerjaya, penukaran topi keledar percuma, pesta buku, Meow Fiesta, Jualan Rahmah dan Jualan Kembali Ke Sekolah.

“Selain itu, jualan agro dan barangan sukan, Temasya Kopi, NADI E-Sukan MADANI, agihan biji benih dan pokok, perkhidmatan tukar minyak enjin motosikal percuma, gunting rambut percuma serta jualan trak makanan dengan pelbagai pilihan menu.

“Paling menarik, sebanyak 60 hadiah cabutan bertuah menanti pengunjung dengan menawarkan hadiah utama berupa sebuah motosikal Modenas 150cc dan pelbagai barangan elektrik lain,” katanya. 

Program Rancakkan MADANI akan berlangsung mulai jam 9 pagi hingga 10 malam pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pada hari Ahad, dari 9 pagi hingga 6 petang. - Getaran, 4 Disember 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

2

Politik 3 tahun yang lalu

PRN: Negeri Belum Maklum Tarikh Bubar DUN Diminta Umum Segera, Mudahkan Persiapan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Musim Panas: Lebih 100 Penduduk Kuala Sungai Di Gua Musang Mula Simpan Air

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kementerian Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Jerebu - Nik Nazmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad