web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadang Sempadan Rizab Biosfera Tasik Chini Diperluas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 8:54PM

Tasik Chini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Cadangan pengubahsuaian sempadan baharu Rizab Biosfera Tasik Chini di Pekan daripada 6,951.44 hektar kepada 9,142.62 hektar antara perkara utama pada Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Chini (Pengubahan).

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Draf RKK itu telah siap disediakan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dengan cadangan Program Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan pada Oktober ini.

Kajian RKK Tasik Chini itu, menurut Wan Rosdy adalah seluas 55,586.12 hektar iaitu mengambil kira threshold area.

"Zon Rizab Biosfera Tasik Chini meliputi Zon Utama (Core Zone), Zon Penampan (Buffer Zone) dan Zon Peralihan (Transition Zone) sebagaimana keperluan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) manakala kawasan threshold dinamakan sebagai Zon Pinggiran Biosfera," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, antara perkara utama lain ialah cadangan pengubahsuaian strategi pengurusan alam sekitar dengan penambahbaikan kepada Pelan Sensitif Alam Sekitar dan cadangan pengubahsuaian pengurusan serta pelaksanaan.

Beliau berkata cadangan pengubahsuaian itu adalah selaras dengan pewartaan baharu Hutan Simpan Kekal (HSK) Chini berkeluasan 6,502.8 hektar di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313)

Wan Rosdy berharap draf RKK itu akan menjadi panduan kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya pembangunan di tasik tersebut dilaksanakan tanpa menjejaskan kelestarian khazanah alam itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan