web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Masih Siasat Dakwaan Dalangi ‘Troll Farm’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 5:20PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan bahawa pihaknya adalah dalang di sebalik kewujudan akaun media sosial yang mempromosi kerajaan, selain mengkritik pembangkang.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk meneliti secara terperinci dakwaan terbabit.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya (dakwaan tersebut), tetapi saya sudah arahkan JSJK untuk menelitinya.

“(Setakat ini) kita masih lagi menjalankan siasatan dan jika ada perkembangan JSJK akan memberi respons mengenainya,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Pelantikan Duta Anti-Scam, di Maktab Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Bulan lalu, Meta menerusi laporan Quarterly Adversarial Threat Report mendakwa PDRM menggiatkan usaha bagi mempromosi gabungan kerajaan dan mengkritik pembangkang.

Dalam Quarterly Adversarial Threat Report itu, Meta mendakwa hampir 1,000 akaun Facebook dan Instagram, selain kumpulan serta halaman Facebook, dipadam kerana melanggar dasar platform terhadap ‘tingkah laku tidak sahih yang diselaraskan’ (CIB).

Bulan lalu, Meta menerusi laporan Quarterly Adversarial Threat Report mendakwa PDRM menggiatkan usaha bagi mempromosi gabungan kerajaan dan mengkritik pembangkang - Gambar Fail
Bulan lalu, Meta menerusi laporan Quarterly Adversarial Threat Report mendakwa PDRM menggiatkan usaha bagi mempromosi gabungan kerajaan dan mengkritik pembangkang - Gambar Fail

Meta menyifatkan tingkah laku tersebut sebagai menggunakan akaun palsu yang diselaraskan untuk memanipulasi perdebatan awam bagi matlamat strategik.

Laporan itu memaklumkan, rangkaian terbabit mencakupi sekurang-kurangnya 596 akaun, 180 halaman dan 11 kumpulan daripada Facebook serta 72 akaun Instagram, dengan jumlah keseluruhan hampir setengah juta pengikut.

Rangkaian berkenaan aktif di Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram serta ‘menyiarkan meme dalam bahasa Melayu untuk menyokong gabungan kerajaan semasa, dengan dakwaan berlaku rasuah dalam kalangan pengkritiknya’.

Di Facebook khususnya, rangkaian tersebut mengendalikan laman yang berperanan sebagai entiti berita bebas dan ‘mempromosikan polis sambil mengkritik pembangkang’.

Malah, laporan itu mendapati kira-kira AS$6,000 (RM26,739) telah dibelanjakan untuk pengiklanan di Facebook dan Instagram.

Sebagai respons, Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, PDRM memandang serius dakwaan itu yang dibuat sebuah syarikat teknologi.

“PDRM memandang serius laporan pihak syarikat Meta Platforms Incorporated mendakwa terdapat akaun palsu di media sosial yang ‘mempunyai hubungan dengan PDRM’.

“PDRM menafikan dakwaan tersebut dan sedang mengumpul maklumat lanjut mengenainya,” katanya. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan