web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital ReGen Rehab Sedia Rehabilitasi Parkinson Percuma Untuk Veteran ATM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 4:16PM

Hospital ReGen Rehab - Gambar dari Google

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital ReGen Rehab menerusi inisiatif #MyParkinsonsPartner akan memberikan rawatan rehabilitasi parkinson secara percuma, kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia bermula 16 September hingga 15 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital ReGen Rehab Hanafi Salehuddin berkata inisiatif itu yang bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia, bertujuan memberi penghormatan kepada golongan veteran yang disifatkan sebagai wira barisan hadapan negara.

“Kami ingin memainkan peranan kami untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan yang selayaknya diterima mereka, dengan menghulur tangan kepada pesakit Parkinson untuk membantu mereka berdikari dan kembali kepada keadaan fizikal terbaik.

“Menerusi rehabilitasi yang terkhusus, terselaras dan tersesuai, kami ingin menyokong golongan veteran yang menghidap penyakit Parkinson, dengan membantu mereka terus berdikari seberapa lama yang boleh, lantas memulihkan kesihatan dan membina semula kehidupan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Inisiatif berkenaan juga merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hospital ReGen Rehab, yang juga merupakan hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia berlesen dengan Kementerian Kesihatan. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Cobra Gold Bulan Ini

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad