Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Najib Sihat Sebelum Discaj, Ubat Jenis Sama Diberikan – Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 6:22PM

Pemeriksaan dan ujian berkaitan ke atas Najib Tun Razak telah dijalankan pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua perkhidmatan klinikal dalam bidang masing-masing - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan dan ujian berkaitan ke atas Najib telah dijalankan pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua perkhidmatan klinikal dalam bidang masing-masing.

Menurut beliau, pihak HKL turut mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang dihadiri Najib dan keluarganya.

“Keputusan ujian telah dimaklumkan semasa sidang itu mengikut amalan profesional kedoktoran. Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL,” katanya hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, ubat yang diberikan kepada Najib semasa kemasukan wad adalah daripada jenis sama dan dalam sama senarai ubatan KKM.

Malah katanya, keadaan Ahli Parlimen Pekan itu juga sihat sebelum dibenarkan discaj dari HKL.

Justeru beliau menegaskan, KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa sama bertanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada Mahkamah sekiranya diarahkan Mahkamah,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan tekanan darah mantan Presiden UMNO itu berada pada tahap tinggi dan berbahaya akibat pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser perut dialaminya.

Susulan itu, beliau berkata, Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, memohon untuk pemerhatian di HKL.

Katanya, bagaimanapun, permohonan itu ditolak pegawai perubatan yang merawatnya.

“Doktor melepaskan (discaj), menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang dimakan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.

“Pagi ini, ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah beliau tinggi dan berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan.

“Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital,” katanya.

Terdahulu, Najib dilaporkan hadir di Mahkamah Tinggi di sini bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon agar mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut pada jam 12.30 tengah hari ini supaya Najib dibenarkan menghadiri temu janji perubatan pada jam 2 petang.

Gopal memberitahu mahkamah bahawa keadaan Najib ‘agak teruk’ disebabkan ubat darah tinggi baharu diambilnya.

Pada 4 September lalu, Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, dimasukkan ke HKL tetapi berada dalam keadaan stabil.

Anak perempuannya, Nooryana Najwa, kemudian memaklumkan bahawa Najib mengalami masalah sakit perut yang berulang, kerana beliau “sangat terdedah” kepada ulser perut. – Getaran, 12 September 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Sukan 6 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran