web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Peroleh Perintah Mahkamah Supaya Lokman Adam Padam Kenyataan Fitnah Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 12:10PM

Lokman Adam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi di sini, supaya Datuk Lokman Noor Adam dengan serta-merta memadamkan kesemua video yang didakwa memfitnah perdana menteri di akaun media sosial.

Peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Ismail Sabri berkata Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain, membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) dikemukakan Naib Presiden UMNO itu selaku plaintif, terhadap Lokman sebagai defendan.

“Mahkamah mengeluarkan perintah injunksi memaksa defendan mengeluarkan video bertajuk ‘Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam’, yang dimuat naik di akaun Youtube, Facebook, Instagram dam TikTok milik defendan.

“Mahkamah juga mengeluarkan perintah injunksi untuk menghalang defendan sama ada secara sendiri, ejen-ejennya daripada membuat kenyataan yang serupa di media sosial atau apa-apa laman web lain milik defendan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding dalam kamar di hadapan Roz Mawar.

Menurut Kesavan, perintah ex-parte dikeluarkan hari ini sehingga pendengaran inter-parte (dua pihak) pada 26 Sept ini.

Ismail Sabri, 62, memohon perintah injunksi itu dalam kes saman difailkannya terhadap Lokman, 49, yang merupakan ahli UMNO pada 8 Sept lepas di Mahkamah Tinggi di sini yang didakwa menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.

Dalam penyataan tuntutan, Ahli Parlimen Bera itu mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif, dalam satu video bertajuk “Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam”.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif, dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube “Lokman Adam”, Facebook “Lokman Noor Adam Official”, Instagram “lokmannooradam” dan TikTok “datoklokmanadam”.

Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO, untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Ismail Sabri berkata beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati UMNO, dan tidak pernah mengatur langkah-langkah secara tidak berprinsip untuk menghalang pembubaran Parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum, untuk kekal sebagai perdana menteri.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 1 September lalu, Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Ismail Sabri dan kerajaan melalui aplikasi Facebook atas nama profil “Lokman Noor Adam Official” pada 20 dan 22 Ogos lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 46 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar