Berita Terkini

2 jam yang lalu: Malaysia harap UAE bawa isu Palestin dan Myanmar ke Majlis Keselamatan PBB 2 jam yang lalu: Majoriti penduduk dewasa Singapura lihat perlumbaan F1 bawa impak positif ke atas republik itu- YouGov 2 jam yang lalu: Ambank bayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB 2 jam yang lalu: Tunku Panglima Johor Juara PRO-AM GT3 Asia 2 jam yang lalu: Tiada rasuah libatkan peruntukan KBS kepada persatuan sukan - Ahmad Faizal

IKUTI KAMI


Memukau Pandangan Tetapi Mundur, Penduduk Kudat Harapkan Perubahan Pada PRU-15

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2022 9:42AM

Penduduk Kudat mahu wakil rakyat yang dapat membantu mengatasi masalah pengangguran dan penghijarahan golongan muda ke kawasan lain. - Gambar oleh Jason Santos

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Terletak di bahagian utara Sabah dengan pantai yang indah dan pemandangan Laut China Selatan menakjubkan, Kudat disifatkan penduduk tempatan berpotensi menjadi seperti Bali (Indonesia).

Tetapi ketinggalan dari segi pembangunan telah menyebabkan rakyatnya terhimpit dalam kemiskinan, walaupun selepas hampir 20 tahun mengundi Barisan Nasional (BN). 

Penduduk tempatan Kudat berkata, mereka hanya mahu seorang wakil rakyat yang boleh membantu menyelesaikan pengangguran dan menghalang golongan muda di sini daripada berhijrah kerana mendapat peluang pekerjaan lebih baik di tempat lain.

Penduduk di sini kebanyakannya berpendapatan rendah, bekerja sebagai petani dan nelayan, menjadikan Kudat antara 10 daerah termiskin di negara ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Tiada seorang pun daripada sembilan anak saya tinggal di sini lagi.

“Kini hanya saya dan suami. Semua anak saya telah pergi ke semenanjung untuk bekerja dan telah berkahwin di sana,” kata Rohani Ayob, 63, dari Simpang Mengayau. 

Rohani Ayob
Rohani Ayob

Rohani mengusahakan gerai kecil menjual topi berhampiran Monumen Tip of Borneo, manakala suaminya seorang nelayan.

Dia memulakan perniagaan tersebut pada 2019 dan hanya membuka gerainya selama beberapa bulan sebelum penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020.

Menurut Rohani, dia dapat membuka gerainya dengan bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tg Kapor, Ben Chong dari Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Baginya, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri adalah wakil rakyat yang tidak kelihatan.

Rahim mewakili Kudat sejak 2004 di bawah bendera UMNO-BN.

Beliau keluar UMNO pada Disember 2018 semasa penghijrahan besar-besaran pemimpin parti itu di Sabah diketuai Datuk Seri Hajiji Noor, yang kini Ketua Menteri Sabah.

Rahim menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada April 2020 selepas Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sebagai calon UMNO, Rahim berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti besar pada setiap pilihan raya umum, kecuali pilihan raya pada Mei 2018 apabila beliau menang dengan majoriti berkurangan sebanyak 1,359 undi berbanding calon Warisan.

Jika Rahim mempertahankan Kudat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau akan berdepan saingan tiga penjuru menentang bekas partinya UMNO, serta WARISAN.

Apa yang merumitkan pengundi di sini ialah hakikat bahawa BERSATU bersama dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mentadbir kerajaan negeri itu dan juga tidak mesra dengan UMNO.

Namun, UMNO juga adalah sebahagian daripada kerajaan GRS.

Apabila bercakap mengenai kerjasama pilihan raya untuk PRU-15, GRS dan BN tidak menunjukkan tanda-tanda mencapai sebarang persetujuan, dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, baru-baru ini berkata, bahawa tiada apa yang dimuktamadkan lagi.

Pemimpin parti Sabah lain juga membisu mengenai sebarang gabungan dalam pilihan raya kerana diketahui UMNO telah menghentikan semua kerjasama dengan BERSATU.

Potensi WARISAN

WARISAN, parti yang diketuai mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, juga tidak akan memberi laluan mudah kepada BERSATU atau UMNO di kerusi Kudat.

Pada PRU-14, calon Warisan Sh Azman Sh Along memperoleh 32 peratus undi dan memberikan Rahim kemenangan tipis dengan majoriti lebih 1,000 undi.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada beliau akan bertanding di sana lagi, kerana sumber WARISAN memberitahu The Vibes bahawa nama lain telah dicadangkan sebagai calon. 

Shafie tidak berkata atau membayangkan apa-apa (mengenai calon Kudat), tetapi saya sedar ada individu yang berminat untuk bertanding di kerusi itu.

“Mereka belum disahkan lagi. Kemungkinan besar, calon akan datang dari Pitas,” kata sumber itu merujuk kepada salah satu DUN dalam kerusi Parlimen Kudat.

Sumber itu juga berkata, WARISAN berpeluang menawan Kudat, memandangkan parti itu menang di dua lagi kerusi DUN dalam kawasan Parlimen tersebut, iaitu Banggi dan Tg Kapor. 

Pada PRU-14, Kudat mempunyai 52,251 pengundi dengan Bumiputera Sabah menguasai 73 peratus undi, diikuti Cina dan kaum lain 20 peratus dan Melayu lapan peratus.

Bagaimanapun, angka ini akan berubah pada PRU-15 selepas mengambil kira penambahan individu berumur 18 hingga 21 tahun yang dibenarkan mengundi buat kali pertama berikutan pelaksanaan undang-undang Undi18.

Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan dan petani.
Kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan dan petani.

Kekurangan peluang pekerjaan menjadi isu utama PRU-15

Sementara itu, Rohani resah setiap hari dengan jualan yang teruk di gerainya berhampiran Monumen Tip of Borneo, yang kini ditutup untuk kerja pengubahsuaian.

Katanya, kekurangan peluang pekerjaan untuk memperoleh pendapatan yang konsisten menyebabkan semua anaknya berhijrah. 

Seorang pemilik kedai berhampiran, Alisha Murnizam, 40, berkata, sektor pelancongan tidak berkembang pesat di Kudat dan mahu kerajaan negeri menggiatkan usaha ke arah itu.

Sebelum ini, 20 hingga 30 bas pelancong akan membawa orang ramai ke monumen itu setiap hari namun keadaan itu berbeza hari ini di mana hampir tiada pengunjung pergi ke sana.

Roby Jonathan, 41, percaya pengangguran akan menjadi isu utama pengundi Kudat pada PRU-15.

Tidak ramai anak muda yang tinggal untuk meneruskan pekerjaan ibu bapa mereka dalam sektor pertanian dan perikanan.

Ada yang mencari pekerjaan di bandar Kudat, tetapi tidak semua kedai di sini membayar gaji minimum.

Katanya, UMNO mungkin sukar untuk menang di sini selepas bertahun-tahun janji tidak ditunaikan yang menyaksikan Kudat tersenarai sebagai daerah termiskin di negara ini.

Seorang lagi warga tempatan, yang hanya mahu dikenali sebagai Anthony berkata, beliau berharap rancangan kerajaan GRS untuk membuka operasi perlombongan silika bernilai RM2 bilion akan dapat direalisasikan.

“Berdasarkan laporan berita, terdapat 2,000 peluang pekerjaan, dan 80 peratus daripadanya akan disalurkan kepada rakyat tempatan. Kami berharap mereka benar-benar akan mengupah masyarakat tempatan,” katanya.

Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, syarikat milik China telah dianugerahkan pajakan daripada kerajaan Sabah untuk melombong pasir silika di atas kawasan seluas 2,200 ekar berhampiran Kg Sikuati, Kudat. – The Vibes, 12 September 2022

Sorotan

1

Kenapa Rizman Ruzaini Berarak Di Perkarangan Bukit Bintang, Apa Kaitannya Dengan Beg Tote?

2

Piala Dunia 2022: Fasa Terakhir Jualan Tiket Bermula 27 September

3

Jenayah Seksual Kanak-Kanak Tidak Libatkan Sentuhan Fizikal Dijangka Meningkat - Bukit Aman

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Bukan Cubaan Culik, Tapi Murid Reka Cerita - Polis

Semasa 8 jam yang lalu

Pengundi Gombak Gagal Dapat Kebenaran Merayu Untuk Kembalikan Saman Terhadap Azmin

Politik 12 jam yang lalu

Muhyiddin, Hadi Bertemu, 'Alhamdulillah, Perbincangan 2 Jam Yang Amat Bermakna'

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Terima RM2.08 Bilion Menerusi Sembilan Transaksi Dalam Dua Bulan - Saksi