web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jurujual Afghan Cedera Disamun Rakan Senegara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 3:36PM

Mangsa yang berusia 26 tahun cedera di bahagian kepala dan bahu akibat ditikam suspek menggunakan pisau pemotong sayur - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Seorang jurujual warga Afghanistan cedera ditikam, ketika disamun remaja senegara di sebuah kedai runcit di Jalan Merdeka Permai 2 di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam, mangsa yang berusia 26 tahun cedera di bahagian kepala dan bahu akibat ditikam suspek menggunakan pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa didatangi suspek ketika sedang bekerja di kedai terbabit.

“Suspek yang berusia 18 tahun meminta mangsa menyerahkan wang dan dia enggan berbuat demikian kerana tidak mengenali remaja tersebut.

“Keengganan mangsa menyerahkan wang membuatkan remaja itu berang dan dia bertindak menikam pemuda terbabit,” katanya kepada media hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek yang tidak bekerja berjaya ditahan di Jalan Wawasan di sini, selepas mangsa membuat laporan pada jam 1.45 pagi tadi.

“Polis turut merampas pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian dan pakaian dikenakan,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang tiada dokumen perjalanan sah direman selama tujuh hari sehingga 17 September depan untuk membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan. 

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” katanya. - Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad