web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Kes Bunuh Diri, Masyarakat Perlu Jaga Tepi Kain

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ungkapan ‘jangan jaga tepi kain orang’ sudah tidak boleh dipakai dalam menangani peningkatan kes bunuh diri yang semakin membimbangkan.

Budaya yang dianggap ‘negatif’ itu sebenarnya adalah jalan penyelesaian untuk membantu mengelakkan individu bermasalah mengambil tindakan drastik iaitu membunuh diri sebagai jalan pintas.

Aktivis Masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kes bunuh diri di negara ini saban hari semakin memburuk, apabila statistik pihak berkuasa menunjukkan peningkatan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan.

Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Menurutnya, ‘kedatangan’ pandemik COVID-19 menjadikan situasi tersebut semakin membimbangkan kerana ia turut menggugat keseluruhan sektor ekonomi negara.

“Sejak COVID-19 melanda, pelbagai masalah timbul, antaranya kehilangan orang tersayang dan kehilangan mata pencarian yang sedikit sebanyak memberi implikasi terhadap emosi seseorang.

“Walaupun wabak ini semakin pulih, namun impaknya masih membelenggu masyarakat sehingga mengganggu emosi,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Lam Thye menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa sebanyak 1,142 kes bunuh diri dilaporkan di seluruh negara tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 81 peratus berbanding 631 kes pada 2020.

Jelas Khairy, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga Jun tahun ini menunjukkan sebanyak 467 kes bunuh diri telah dilaporkan.

Menurut Lam Thye, lebih membimbangkan apabila masalah emosi tersebut mencetuskan idea untuk individu terkesan membunuh diri sebagai jalan penyelesaian.

Bagi membendung tindakan tersebut daripada menjadi lebih parah, beliau berkata, ahli keluarga, rakan dan masyarakat perlu sentiasa peka terhadap perubahan karakter orang di sekeliling supaya bantuan dapat dihulurkan secepat mungkin.

“Kadang kala hanya dengan sekadar bertanya khabar, ia boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

Jika seseorang itu menunjukkan tanda-tanda kemurungan, kita perlu tunjukkan keprihatinan dan simpati terhadap supaya dapat mengelakkan mereka rasa berseorangan dan putus asa.

“Ia secara tak langsung menunjukkan bahawa masih ada orang yang mengambil berat tentang mereka,” katanya.

Lam Thye berkata, seseorang yang menghadapi masalah mental dan emosi biasanya malu untuk bertemu pakar disebabkan stigma masyarakat, namun jika dibiarkan, ia bakal memberikan implikasi lebih besar.

“Oleh itu, kita sebagai ahli keluarga, rakan atau masyarakat boleh membantu menasihatkan mereka untuk berjumpa pakar dalam membantu menangani masalah dihadapi.

“Rawatan kesihatan masa kini boleh didapati di semua pusat perubatan awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta,” katanya.

Sementara itu, Pakar Psikologi Agama, Pemikiran Islam, Kesihatan Mental Islam Bidang Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Zaizul Ab Rahman berkata, masyarakat tidak lagi boleh bersifat ‘jangan jaga tepi kain orang’ dalam perkara seumpama ini.

Dr Zaizul Ab Rahman
Dr Zaizul Ab Rahman

Menurutnya, ungkapan ‘hablum minAllah, hablum minannas’ iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia perlu dijadikan pegangan supaya tiada sesiapa di sekeliling merasa ketinggalan, terutamanya mereka yang menghadapi masalah meruncing.

“Islam menerapkan nilai-nilai bermasyarakat sejak di zaman Rasulullah SAW lagi, yang mana sebagai sebahagian daripada masyarakat kita perlu cakna (ambil tahu) mengenai orang di sekeliling.

“Tindakan tersebut akan memberi mesej jelas kepada individu bermasalah bahawa mereka tidak berkeseorangan. Ia sekali gus dapt memberi harapan kepada golongan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, dalam soal ‘mengisi kekosongan’ jiwa seseorang individu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendekatkan anak-anak kepada agama bagi memberikan mereka perisai ketika diuji dengan masalah apabila meningkat dewasa.

Menurutnya, mendedahkan anak-anak dengan pendidikan agama secara tidak langsung mampu membantu mereka berfikiran lebih rasional ketika membuat keputusan dalam kehidupan seharian.

“Apabila kita mendalami ilmu agama dan meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan, kita pastinya reda dengan ujian dihadapi kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan di dunia.

“Ujian tersebut juga adalah sebahagian daripada rukun Iman iaitu beriman kepada qada dan qadar kerana ia ketentuan Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Zaizul menasihatkan supaya keluarga atau ahli masyarakat yang tahu akan masalah dihadapi oleh seseorang individu untuk membawa mereka mendapatkan bantuan pakar pada kadar segera bagi mengurangkan beban ditanggung.

“Bawa mereka berjumpa pakar psikologi untuk membantu masalah dihadapi.

“Selain itu, saya juga menasihatkan supaya bawa mereka berjumpa golongan ahli agama tapi bukan yang jenis cepat menghukum supaya dapat mengisi ‘kekosongan’ dalam dirinya,” katanya. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Fikir Bunuh Diri Seawal Usia 11 Tahun, Senario Serius Harus Dicantas Sebelum Bertunas

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar