web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Talian HEAL 15555 Terima 24,346 Panggilan Hingga Ogos - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 3:04PM

Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau HEAL 15555 memberi bantuan sokongan dan emosi kepada orang ramai. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 iaitu talian bantuan krisis pertama dikendalikan sepenuhnya pegawai psikologi (kaunseling), merekodkan 24,346 panggilan diterima hingga Ogos lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan hari ini berkata daripada jumlah panggilan diterima talian yang beroperasi sejak 21 Oktober 2022 itu, sejumlah 15,907 (65 peratus) pelanggan menerima bantuan sokongan dan emosi, manakala 8,479 (35 peratus) pelanggan diberikan intervensi khusus.

“Daripada jumlah yang diberi intervensi khusus, sebanyak 206 kes membabitkan tingkah laku bunuh diri iaitu idea bunuh diri dan cubaan bunuh diri.

“Daripada jumlah itu, 89 kes idea bunuh diri sudah diberikan intervensi dan 117 kes cubaan bunuh diri berjaya dirujuk dengan mengaktifkan MERS999 dan mendapat kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kecemasan sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata talian yang beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum itu adalah antara inisiatif dilaksanakan bagi mencegah tingkah laku bunuh diri di Malaysia.

Dr Muhammad Radzi berkata selaras dengan prinsip Malaysia MADANI iaitu menjamin kesejahteraan insan, inisiatif lain yang dilaksanakan kementerian ialah Program MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope) dan modul latihan pencegahan bunuh diri untuk petugas barisan hadapan. 

Katanya program MySAVE dirasmikan pada 31 Julai lalu diikuti dengan sesi taklimat bersama media berkaitan pelaporan selamat dan bertanggungjawab berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Bagi modul latihan pencegahan bunuh diri yang dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran pengendalian kes tingkah laku bunuh diri pula, beliau berkata 40 anggota polis dan bomba sudah dilatih untuk sesi pertama dan latihan berkala akan dilaksanakan, melibatkan Pegawai Intervensi Krisis serta petugas barisan hadapan.

“Selain itu, pembangunan Sistem Registri Bunuh Diri dan Kematian Fatal Kebangsaan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024. Sistem ini membolehkan statistik terperinci dan tepat berkaitan kejadian bunuh diri diperoleh dan usaha pencegahan bersasar dapat dilaksanakan.

“KKM sedang membangunkan inisiatif sokongan bantuan pascabunuh diri kepada ahli keluarga yang terkesan akibat tingkah laku bunuh diri,” katanya. 

Dr Muhammad Radzi berkata sumber daripada PDRM melaporkan terdapat sedikit penurunan dalam kes kematian bunuh diri yang dilaporkan pada 2022 iaitu 981 kes berbanding 1,142 kes pada 2021.  

Menurutnya KKM dengan kerjasama semua pihak akan terus memperkukuhkan strategi dan langkah yang diambil bagi menangani tingkah laku bunuh diri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad