web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tasik Chini: Laporan Siap, Yakin Status UNESCO Tidak Terjejas - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 9:31PM

Tasik Chini merupakan Tapak Rizab Biosfera pertama di Malaysia yang diiktiraf UNESCO. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Laporan yang mengandungi penambahbaikan di Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, di sini telah siap dan akan dihantar kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris pada masa terdekat. 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata laporan berkenaan akan dihantar sendiri oleh kerajaan negeri yang akan diwakili Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. 

"Saya difahamkan kerajaan Pahang telah siap buat laporan terkini dan akan dihantar sendiri ke pejabat UNESCO di Paris yang uruskan perkara ini.

"Kita yakin status UNESCO kepada Tasik Chini tidak terjejas dan kita akan berikan penjelasan seperti yang diperlukan oleh pihak mereka," katanya kepada pemberita selepas Program Penanaman Pokok dan Pengayaan di Tasik Chini di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

UNESCO memberi tempoh kepada Malaysia hingga 30 September ini untuk memaklumkan badan dunia itu mengenai perancangan bagi merawat dan memulihkan Tasik Chini serta tanah lembap di sekelilingnya supaya kembali sihat.

Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar merupakan Tapak Rizab Biosfera pertama di Malaysia yang diiktiraf UNESCO di bawah Program Man and the Biosphere (MAB) pada 26 Mei 2009. 

Selain Tasik Chini, Malaysia turut mendapat pengiktirafan UNESCO bagi Banjaran Crocker, Sabah pada 12 Jun 2014 dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada 15 Sept 2021. 

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara kawasan Tasik Chini antaranya penghijauan bumi itu sendiri, iaitu dengan penanaman pokok selain melaksanakan penguatkuasaan dan menghentikan aktiviti melombong. 

"Kita telah menerima bukan teguran, tetapi saranan daripada pihak yang beri pengiktirafan supaya kita laksanakan penambahbaikan, tidak ada apa-apa pelanggaran. Justeru, kerajaan menerusi kementerian dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah ambil tindakan untuk berikan penambahbaikan di Tasik Chini ini," katanya.  

Mengenai program hari ini, beliau berkata 1,000 pokok pelbagai spesies telah ditanam dan setakat ini menerusi kempen penanaman 100 juta pokok, Pahang telah menanam 4.9 juta pokok.

"Di seluruh negara pula kita berjaya tanam lebih 40 juta pokok, dan kita yakin bilangan itu akan bertambah...cuma saya lihat ada negeri yang kurang aktif. Justeru, kementerian menerusi JPSM akan susun program supaya ia dapat diaktifkan lagi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad