web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Diseksa, Dipukul Hampir Setiap Hari Jika Tak Untungkan Sindiket - Keluarga 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 8:15PM

Sebahagian warga Malaysia yang selamat dibawa pulang selepas ditipu sindiket pekerjaan luar negara. - Gambar ihsan Kementerian Luar Negeri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Gara-gara mahu mendapatkan pekerjaan dengan gaji lumayan, seorang pemuda warganegara Malaysia diperdaya sindiket perjudian dan penipuan apabila dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ di Kemboja.

Lebih mengejutkan, ibu kepada individu itu yang dikenali sebagai Tan, 52 mendedahkan, anaknya turut diseksa oleh sindiket sekiranya tidak menjana keuntungan untuk syarikat.

Keluh Tan, beliau buntu kerana tidak tahu bagaimana untuk membawa pulang anaknya, walaupun menyedari mangsa sering diseksa. 

“Kalau ada pelanggan bagi untung kepada bisnes, (dia) akan diberi layanan baik. Jika tidak, mereka akan didenda dengan dipukul, dikurung serta tidak boleh keluar dari kediaman.

“Saya masih dapat bercakap dengan anak saya secara bersembunyi. Mereka nak telefon pun kena tipu kata hal keluarga tapi kalau cakap ada orang tolong, mereka akan diseksa dan dikurung,” katanya ketika ditemui di hadapan Kementerian Luar, di sini. 

Dalam pada itu, seorang bapa yang dikenali sebagai Ah Meng, 41 mendedahkan kepada Getaran, beliau diugut untuk membayar RM100,000 bagi memastikan anaknya yang berusia 27 tahun dibebaskan dan dapat meninggalkan Kemboja.

Menurut beliau, anaknya telah diajak rakan ke negara itu bagi mendapat pekerjaan dalam bidang perjudian atau kasino dalam talian dengan gaji lumayan, antara RM8,000 hingga RM9,000 sebulan.

“Dia ke Kemboja kerana gaji yang lumayan di sana, tetapi saya dan ahli keluarga yang lain telah nasihatkan agar tidak pergi, namun dia berkeras mahu ke sana sebab boleh kumpul duit serta tambah pendapatan.

"Sepanjang dia di sana, ada beberapa kali kami berhubung dan dia beritahu yang dia berada dalam keadaan baik, sehinggalah pada Jun lalu, dia hubungi saya memaklumkan minta pertolongan kewangan RM100,000 kerana diberitahu majikan, dia tidak lagi sesuai untuk pekerjaan itu.

“Wang itu adalah untuk ganti rugi dan majikan mengugut, jika gagal membayar jumlah yang diminta mereka akan jual organ dalaman anak saya atau akan dihantar ke negara lain. Kami bimbang dan takut apa-apa terjadi kepadanya,” katanya, sedih.

Tambah Ah Meng, beliau kini hanya mampu merayu bantuan pihak kerajaan, terutama Kementerian Luar dan polis agar membantu membawa anak lelakinya itu kembali ke tanah air.

“Saya telah memohon bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar mereka dapat memanjangkan permasalahan saya ke kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Luar untuk selamatkan anak saya,” katanya. - Getaran, 10 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Siber: 3 Rakyat Malaysia Antara 49 Ditahan Di Phnom Penh

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjanjian Damai Dimeterai, PM Terima Ucapan Terima Kasih Daripada Rakyat Kemboja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad