web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fahami Undang-Undang Bukan Buat Kesimpulan Sendiri Keputusan Hakim - Tengku Maimun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 5:41PM

Tun Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli politik harus membaca serta memahami alasan penghakiman sesuatu kes mahkamah dan bukannya membuat kesimpulan sendiri mengenai keputusan hakim.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, kebanyakan komen yang menyerang sistem kehakiman dibuat sejak akhir-akhir ini berdasarkan sentimen semata-mata, terutamanya selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan rasuah.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahawa mereka yang melakukan serangan ini tidak membaca alasan penghakiman dan tidak memahami undang-undang.

"Pandangan peribadi saya, komen ini dibuat oleh mereka yang tidak faham, yang menunjukkan ketidakfahaman mereka kerana tidak membaca alasan keputusan hakim.

"Apabila anda tidak membaca, anda tidak akan faham. Apabila anda tidak faham, anda akan membuat ulasan kurang sesuai dan tidak relevan tentang isu tersebut.

"Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa mereka hanya berdasarkan sentimen semata-mata tanpa pemahaman tentang undang-undang dan alasan penghakiman itu sendiri," katanya seperti dipetik portal Berita Harian.

Tengku Maimun menghadiri Persidangan Litigasi Kebangsaan 2022 kali Ke-2 anjuran Majlis Peguam Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai serangan terhadap badan kehakiman selepas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu memerintahkan Najib memulakan hukuman penjara 12 dikenakan ke atasnya. 

Najib juga perlu membayar denda berjumlah RM210 juta.

Tengku Maimun dan suaminya menjadi sasaran ugutan di media sosial apabila Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan terakhir Najib bulan lalu.

Penyokong Najib turut berang apabila pasukan pembelanya cuba mengenepikan Tengku Maimun tetapi gagal, dan memohon supaya pendengaran rayuan ditangguhkan berdasarkan bukti baharu terhadap hakim mahkamah tinggi yang mendapati Najib bersalah pada 2020.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak permohonan itu dan mahkamah dituduh menafikan perbicaraan yang adil kepada Najib.

Sejak itu, Majlis Peguam Malaysia mengeluarkan beberapa kenyataan menyokong institusi kehakiman sambil turut mengecam tingkah laku pasukan pembelaan Najib.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pula dipetik sebagai berkata, polis sedang menyiasat ancaman terhadap Tengku Maimun. - Getaran 10 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad