web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Diri Meningkat 81 Peratus, Pelbagai Faktor Jadi Penyumbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 5:19PM

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga Jun tahun ini menunjukkan sebanyak 467 kes bunuh diri telah dilaporkan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,142 kes bunuh diri dilaporkan di seluruh negara tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 81 peratus berbanding 631 kes pada 2020.

Lebih membimbangkan, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga Jun tahun ini menunjukkan sebanyak 467 kes bunuh diri telah dilaporkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada tindakan tersebut dan ia adalah kompleks untuk diperkatakan.

“Antaranya seperti isu psikososial dan persekitaran, isu kewangan (kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan), penyakit mental seperti kemurungan, kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans,” katanya sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2022, hari ini.

Jelas beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus komited mendidik dan melatih masyarakat berhubung masalah kesihatan mental, pencegahan tingkah laku bunuh diri serta menghapuskan stigma terhadap tingkah laku tersebut.

"Dengan usaha itu, kita berharap individu yang terkesan akan mendapat bantuan dan sokongan, seterusnya dapat menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri,” katanya.

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail Bernama
Khairy Jamaluddin - Gambar Fail Bernama

Mengulas lanjut, beliau berkata, tema Hari Pencegahan Bunuh Diri tahun ini adalah 'Let's TALK Minda Sihat: Bertindak Segera, Harapan Terbina', yang menumpukan pada peranan masyarakat untuk mencegah tingkah laku bunuh diri dan membantu menambah baik kualiti hidup individu terkesan.

Berkongsi data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Khairy berkata, lebih 703,000 kematian akibat bunuh diri dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia, atau purata satu kematian bagi setiap 40 saat.

"Bunuh diri adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berusia 15 hingga 29 tahun.

"Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 135 ahli keluarga atau rakan akan terkesan serta mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi,” katanya.

Tegas beliau, tindakan segera secara bersama amat penting di setiap peringkat bagi menangani tingkah laku bunuh diri, membabitkan individu, keluarga, komuniti, pihak berkepentingan seperti pembuat dasar, ahli politik, semua agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, KKM proaktif menangani isu tingkah laku bunuh diri, melalui Pelaksanaan Usaha Dekriminalisasi Cubaan Bunuh Diri bagi menggalakkan mereka yang terkesan tampil mendapatkan bantuan.

“KKM juga menyediakan Memorandum Moratorium dan sudah dibentangkan di peringkat Majlis Jemaah Menteri pada September 2021. Buat masa ini, memorandum terbabit di bawah tanggungjawab Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Inisiatif lain adalah Pembangunan Sistem Registri Bunuh Diri dan Kematian Fatal Kebangsaan (NSFIRM), yang dijangka akan beroperasi pada tahun depan. Sistem ini membolehkan statistik terperinci dan tepat berkaitan kejadian bunuh diri diperoleh yang membolehkan usaha pencegahan secara bersasar dapat dilaksanakan," katanya.

Tambah Khairy, KKM juga melaksanakan sesi libat urus dengan pihak PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam pelaksanaan Latihan Pencegahan Bunuh Diri kepada first responders (orang pertama) bagi meningkatkan kemahiran pengendalian kes tingkah laku bunuh diri.

Beliau memaklumkan, KKM juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkasakan Program Minda Sihat Sekolah, yang mana antara lain merujuk kepada pelajar dikenal pasti mengalami masalah kemurungan dan tingkah laku bunuh diri ke fasiliti kesihatan untuk rawatan.

"KKM juga menjalankan kempen advokasi Kempen Let's TALK Minda Sihat kepada kumpulan sasar, secara menyeluruh merentas agensi dan secara bersepadu, termasuk membabitkan media massa, media sosial dan pihak berkepentingan.

"KKM juga mengambil inisiatif untuk membangunkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) iaitu pusat yang menempatkan perkhidmatan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Katanya, selaras dengan Konsep Keluarga Malaysia, masyarakat boleh memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab untuk mencegah tingkah laku bunuh diri dalam pelbagai cara.

"Ia termasuk dengan sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar keluarga serta orang sekeliling terutama yang terkesan akibat situasi pandemik COVID -19.

"Selain itu, masyarakat perlu mengenal pasti tanda awal amaran tingkah laku bunuh diri seperti perubahan tingkah laku mendadak, hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan dan mengasingkan diri daripada orang sekeliling,” katanya.

Khairy menarik perhatian, masyarakat juga perlu menghapuskan stigma negatif terhadap keluarga serta individu dengan penyakit mental dan tidak menghakimi kejadian bunuh diri yang berlaku.

“Sebarang berita, video atau gambar berkaitan kejadian bunuh diri tidak wajar dimuat naik ke dalam media sosial,” katanya. - Getaran, 10 September 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad