web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudahkah Polis Hubungi Bekas Wartawan Untuk Maklumat Jho Low?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 12:26PM

Lelaki dalam gambar ini dipercayai Jho Low dan di kesan berada di Disneyland Shanghai pada 2019. - Gambar dari Twitter Tom Wright

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PRDM) perlu menjelaskan tindakan diambil mereka mengenai maklumat yang mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dikesan di Shanghai Disneyland.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, beliau amat mengalu-alukan komitmen Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam usaha mengesan dan membawa balik Jho Low.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan sama ada polis sudah menghubungi bekas wartawan Wall Street Journal yang mendedahkan maklumat mengenai keberadaan Jho Low, didakwa dilihat di China dan Hong Kong sebelum ini.

Lim Lip Eng
Lim Lip Eng

“Saya hanya ingin bertanya kepada KPN sama ada pihak polis telah menghubungi dua bekas wartawan Wall Street Journal, Tom Wright dan Bradley Hope, tentang dakwaan mereka bahawa Jho Low dan keluarganya dilihat di China dan Hong Kong pada 2018 dan 2019. 

“Sekiranya tidak, mengapa pihak polis enggan mendapatkan maklumat daripada Wright dan Hope?,” soalnya di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa masih bersembunyi di China.

Ia didedahkan penulis bersama dalam buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World', Bradley Hope menerusi episod pertama program 'Di Mana Jho Low' yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube pada 31 Ogos lalu.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai.

Gambar tersebut didakwa bertarikh 24 Disember 2019, diterima daripada sumber boleh dipercayai.

Susulan itu, Acryl Sani memberikan komitmen bahawa PDRM masih berusaha menjejaki Jho Low namun tiada negara ahli Polis Antarabangsa (INTERPOL) dapat mengesahkan keberadaannya.

Sementara itu, Lip Eng turut menggesa Acryl Sani agar mencadangkan kepada kerajaan untuk menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat mengenai keberadaan Jho Low dan konco-konconya yang dikehendaki polis.

“Sebagai contoh, ganjaran RM100,000 atau RM1 juta daripada harga kapal mewah Equanimity bernilai RM514 juta yang telah dirampas daripada Jho Low kemudian dijual kepada syarikat Genting oleh kerajaan pada 2019,” katanya. - Getaran, 10 September 2022

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad