web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jho Low Dikesan Di Disneyland Shanghai Pada 2019 - Wartawan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 4:30PM

Lelaki dalam gambar ini dipercayai Jho Low di kesan berada di Disneyland Shanghai pada 2019. - Gambar dari Twitter Tom Wright

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) didakwa dikesan berada di Disneyland Shanghai, China pada tahun 2019.

Lebih dikenali sebagai Jho Low, dakwaan itu tercetus selepas imej seorang lelaki miripnya dilihat duduk bersama dua individu yang dipercayai di sebuah restoran.

Imej tersebut dikongsikan ketika perbualan dalam talian oleh wartawan penyiasat dan pengasas bersama Projek Brazen, Tom Wright dalam usahanya mengesan Jho Low di sekitar Asia.

Wright turut berkongsi imej terbabit di akaun Twitter miliknya sambil mendakwa Jho Low sedang menikmati perjalanan ke Disneyland Shanghai bersama rakan-rakan.

“Buktinya ‘semakin banyak’,” tambahnya.

Beliau adalah seorang penulis buku terkenal Billion Dollar Whale yang mendedahkan skandal hubung kait ahli perniagaan tersebut dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Minggu lalu, wartawan tersebut meminta bantuan orang awam untuk mengesan kedudukan Jho Low yang didakwa sebagai dalang skandal itu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib dalam kes rasuah berkenaan.

“Najib mungkin sudah dipenjarakan, namun pegawai bank Goldman (Sach) belum. Dan Jho Low masih di luar sana.

“Jadi, marilah mencari Jho Low,” ciapnya.

Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 hingga 2018 didapati bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan rasuah dalam kes berkaitan anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau dibawa ke Penjara Kajang pada hari sama untuk menjalani hukuman.

Dalam perbualan mereka, Wright dan Hope membincangkan mengenai maklumat terbaharu diperoleh mereka berhubung keberadaan Jho Low yang sedang ‘melarikan diri’ daripada pengadilan.

Kedua-dua mereka percaya Jho Low berlindung di China, namun lokasi sebenar keberadaannya masih menjadi tanda tanya.

“Imej tersebut merakam pelbagai perkara mengenai Jho Low. Hasil risikan kami sejak beberapa tahun lalu mendapati, dia sedang melarikan diri dan ia sedikit mengecewakan.

“Kamu memburu lelaki yang dipercayai dalang pengubahan wang haram, penipu atau apa pun, namun sudah tentu dia menafikan semuanya.

“Kamu fikir dia akan menyorok di tempat persembunyian ala James Bond, sebaliknya dia berkeliaran sekitar pusat beli belah dan melepak di Disneyland, Shanghai,” kata Hope.

Hope juga menjelaskan bahawa Jho Low menjalani kehidupan seperti biasa di China, namun pada masa sama sedang berunding dengan pihak berkuasa berhubung skandal dihadapinya.

“Dia sudah memiliki keluarga sekarang. Kami tak mahu mendedahkan lanjut, tetapi dia sudah berkahwin dan mempunyai dua anak serta menjalani kehidupan seperti orang lain di China, namun turut berunding untuk menyelesaikan skandalnya dengan pihak berkuasa antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Wright mendakwa Jho Low dibenarkan untuk berada di China kerana pernah berunding dengan beberapa pegawai kanan di negara berkenaan berhubung projek pembangunan di Malaysia.

Dakwanya, usaha tersebut selaras dengan usaha China menjalankan inisiatif Belt and Road (BRI).

Bagaimanapun, projek pembangunan tersebut sebahagian besarnya dibatalkan atau dirunding semula selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya pada 2018 lalu.

“Ia sekali gus menjawab bagaimana Jho Low dibenarkan untuk menetap di China kerana dia tahu segalanya termasuk rundingan mengenai inisiatif BRI China, yang mana ia akan memalukan Presiden China, Xi Jinping jika Jho Low dihadapkan di mahkamah sama ada di Amerika Syarikat atau Malaysia,” katanya.

Pada 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa Jho Low kemungkinan berada di Macau.

Manakala, pada Februari 2020 lalu, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jho Low dikesan di Wuhan, namun jejaknya hilang sejak itu. - The Vibes, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad