web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Tarik Balik Saman Terhadap Kerajaan, Kekal Saman Tommy Thomas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 3:29PM

Najib Tun Razak - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Najib sebagai plaintif meneruskan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas selaku defendan pertama.

Terdahulu peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Najib memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memutuskan untuk memberhentikan kes saman terhadap kerajaan selaku defendan kedua.

“Saman terhadap kerajaan dihentikan,” kata Firoz Hussein semasa prosiding di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache.

Peguam Alan Adrian Gomez mewakili Thomas.

Najib, 69, hadir di mahkamah memakai sut kelabu dan duduk di galeri awam dengan dikawal beberapa pegawai dari Penjara Kajang. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berdasarkan notis pemberhentian saman yang difailkan Tetuan Raj, Ong & Yudistra semalam, bekas perdana menteri itu memberhentikan sepenuhnya tindakan terhadap Kerajaan Malaysia dengan tiada perintah mengenai kos.

Pada 22 Okt 2021 Najib menfailkan saman itu atas dakwaan pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Katanya beliau telah didakwa di mahkamah dalam kes salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 membabitkan 1MDB dan International Petroleum Investment Company.

Najib menuntut secara bersama dan berasingan daripada Thomas dan kerajaan satu pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan misfeasans dalam jawatan awam serta menuntut kerugian berjumlah lebih RM1.9 juta termasuk bayaran rundingan untuk pasukan audit melakukan semakan dokumentasi bagi penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad