web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Cekup 6 Individu Jadi Orang Dalam Sindiket Pemalsuan PLKS

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 11:57AM

6 individu jadi orang dalam sindiket menggodam dan pemalsuan PLKS ditahan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam individu yang dipercayai menjadi ‘orang dalam’ sindiket menggodam dan memalsukan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) menerusi Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa serbuan yang dijalankan di lokasi berasingan di sekitar ibu negara.

Sumber berkata, semua suspek berusia 34 hingga 42 tahun dan empat daripada mereka adalah pekerja teknikal syarikat pembekal sistem kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang dipercayai bertanggungjawab memasang peranti dan perisian bagi menggodam sistem MyIMMs.

Menurutnya, penahanan keempat-empat pekerja terbabit membawa kepada penemuan beberapa komputer di Imigresen yang telah dilengkapi dengan peranti serta perisian penggodaman.

“Selain itu, dua kakitangan Imigresen juga ditahan selepas disyaki bersekongkol dengan sindiket ini. 

“Mereka dikenal pasti terlibat dalam membantu sindiket menjalankan aktiviti penggodaman sistem tersebut.

“Mereka juga dipercayai menerima rasuah sebagai habuan kerana bersubahat dalam kegiatan ini,” katanya. 

Rentetan daripada penahanan itu, beberapa peralatan komputer dirampas di pejabat Imigresen bersama komputer riba dan external hard disk milik pekerja syarikat pembekal sistem yang digunakan bagi tujuan menggodam.

“Setakat ini, SPRM telah mengenal pasti empat hotel ternama di Kuala Lumpur yang dijadikan pusat operasi sindiket ini menjalankan aktiviti mereka.

“Tangkapan terbaru ini adalah lanjutan daripada operasi bersama Imigresen yang telah dilaksanakan pada 6 April di 22 lokasi di Kuala Lumpur dan Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan lima individu termasuk dalang sindiket ini bergelar Datuk ditahan dalam Op Hack yang dilancarkan SPRM dengan Imigresen.

Sebanyak 147 akaun (30 individu & 11 syarikat) berjumlah RM9,977,954.95 juta telah dibekukan. 

Selain itu, dianggarkan sebanyak 30 unit hartanah berjumlah RM11,868,835.00 dan 66 buah kenderaan berjumlah RM13,691,847 disita serta dibekukan dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM25,560,682

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbaru ini sambil berkata, pihaknya memandang serius isu penggodaman ini yang dilihatnya sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

“Kesemua suspek akan disiasat dalam penglibatan mereka yang bersekongkol dalam menggodam sistem imigresen. 

“Segala sudut undang-undang jenayah akan dilihat dalam penglibatan mereka ini,” katanya. – Getaran, 9 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad