web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


INTERPOL Belum Dapat Sahkan Keberadaan Jho Low, Usaha Giat Dijalankan - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 9:59PM

Low Taek Jho - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan proses ekstradisi ke atas Low Taek Jho atau dikenali Jho Low tidak dapat dibuat setakat ini, memandangkan tiada negara anggota Polis Antarabangsa (INTERPOL) dapat mengesahkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun sehingga kini, usaha menjejaki Jho Low masih giat dijalankan dan segala maklumat diterima mengenai keberadaannya di negara asing, sudah diteliti kesahihannya.

Katanya, penelitian itu termasuk menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara berkenaan.

“PDRM sudah memfailkan sebanyak 13 pertuduhan di mahkamah terhadap Jho Low walaupun tanpa kehadirannya membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“PDRM juga sudah memohon dan memperoleh Notis Merah daripada INTERPOL pada tahun 2018. Notis Merah tersebut adalah jenis kategori yang hanya boleh diakses agensi penguat kuasa negara ahli INTERPOL, memandangkan suspek tidak memudaratkan keselamatan awam berdasarkan penilaian pihak INTERPOL,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Acryl Sani berkata, selain PDRM, pihak berkuasa asing di Singapura dan Amerika Syarikat (AS) menjalankan siasatan ke atas Jho Low yang mana kedua-dua negara sudah memfailkan pertuduhan terhadap suspek.

Jelasnya, sebagai makluman, Notis Merah dikeluarkan INTERPOL kepada 195 negara ahli bagi mendapatkan bantuan maklumat mengenai keberadaan penjenayah dalam buruan.

Beliau berkata, sekiranya mana-mana negara ahli mengesan keberadaan penjenayah dikehendaki, INTERPOL negara berkenaan bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada negara yang memperoleh Notis Merah bagi proses permohonan ekstradisi.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung lokasi Jho Low boleh menyalurkannya melalui talian Infoline di aplikasi Whatsapp, 013-2111222 atau di balai polis berhampiran.

“Setiap maklumat diterima akan diteliti kesahihannya dan disalurkan kepada INTERPOL bagi mendapatkan bantuan pengesahan lanjut daripada negara ahli berkenaan.

“PDRM kekal komited dalam memastikan Jho Low ditahan untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek