web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3,017 Sekolah Dalam Negara Kurang Murid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 5:49PM

3,017 sekolah rendah di Malaysia adalah sekolah kurang murid (SKM). - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 3,017 sekolah rendah di Malaysia adalah sekolah kurang murid (SKM) iaitu kurang daripada 150 pelajar pada satu-satu masa, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan 2,034 Sekolah Kebangsaan (SK), 616 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 367 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Jumlah keseluruhan SK adalah sebanyak 5,877 sekolah, SJKC (1,302 ) dan  SJKT (527).

"SKM merupakan situasi serius yang memerlukan langkah penyelesaian segera dengan mengenal pasti punca permasalahan daripada akar umbi. SKM wujud atas pelbagai faktor, antaranya perubahan sosio ekonomi, demografi, peredaran zaman dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SKM SJKC di sini hari ini.

Mah berkata jawatankuasa yang baharu ditubuhkan itu akan menumpukan kepada pada isu SKM di SJKC dan pada masa akan datang, ia akan diperluas kepada isu SKM di SK dan SJKT sekiranya hasil kajian bersesuaian untuk diaplikasikan di kedua-dua aliran itu. 

Beliau berkata tiga jawatankuasa kecil turut ditubuhkan yang antara lain bertanggungjawab mengadakan interaksi dan mengumpul maklumat daripada Lembaga Pengelola Sekolah, menyediakan bahan bacaan dan program bagi meningkatkan mutu pengajaran serta pembelajaran, dan melaksanakan kajian menyeluruh bagi mengenali masalah dihadapi SKM di SJKC.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan hasil kajian itu akan meliputi aspek menggabungkan SKM SJKC.  

“Itu antara yang kita bincang tadi, kita kena ambil kira emosi dan perasaan masyarakat terhadap isu penggabungan SKM. Kita kena lihat secara menyeluruh,” katanya serta menambah jawatankuasa itu akan bersidang selepas tiga bulan bagi pembentangan hasil kajian. - Bernama

TAG : Mah, sekolah, SKM, SK, SJK, SJKC

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad