web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemakaian Pelitup Muka Kini Pilihan - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 4:30PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan dalam bangunan, kecuali ketika menaiki pengangkutan awam dan di kemudahan kesihatan, berkuat kuasa serta merta.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun individu yang mempunyai simptom COVID-19 perlu terus memakai pelitup muka.

Pengangkutan awam itu termasuk perkhidmatan e-hailing serta bas sekolah dan pekerjanya.

Perkhidmatan kesihatan yang memerlukan individu masih memakai pelitup muka adalah klinik, hospital dan rumah penjagaan.

Bagaimanapun, pemilik premis yang mahu terus menetapkan pemakaian pelitup muka, boleh berbuat demikian sekiranya mereka merasa ia wajar dilaksanakan.

Ia selaras dengan undang-undang berkaitan.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Ubat Generik dan Biosimilar Antarabangsa (IGBA) – Organisasi bagi Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) 2022 di sini, hari ini.

“Sebagai contoh, salun rambut boleh memutuskan sama ada pelanggan perlu memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis mereka dan berhak mewajibkan pelanggan memakai pelitup muka.

“Tempat lain adalah pilihan walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan orang ramai untuk tetap menggunakan pelitup muka di kawasan sesak, seperti stadium dan tempat ibadat, antaranya masjid,” katanya.

Pusat beli-belah dan pasar raya adalah ruang dalam bangunan yang menyaksikan KKM menggalakkan pemakaian pelitup muka semasa situasi sesak dan apabila terdapat individu berisiko tinggi, seperti warga emas, kanak-kanak serta penghidap penyakit kronik atau lemah imunisai.

Khairy berkata, ketika di luar rumah, pemakaian pelitup muka digalakkan di kawasan khalayak ramai dan jika seseorang itu individu berisiko tinggi atau mempunyai simptom, seperti demam, batuk serta selesema

Beliau berkata, keputusan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan adalah berdasarkan data terkini di Malaysia berhubung situasi jangkitan dan kadar vaksinasi, selain kemasukan ke hospital untuk rawatan COVID-19.

Malaysia mula melaksanakan pemakaian pelitup muka pada 1 Ogos 2020 dan kemudian melonggarkan ketetapan itu membabitkan hanya dalam bangunan pada Mei 2022.

Pada tahun ini, kes COVID-19 paling tinggi direkodkan Mac dengan angka melebihi 30,000, sebelum turun kepada kira-kira 3,000 kes pada Mei.

Jangkitan harian baharu tidak melebihi 5,000 sejak itu. - The Vibes, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad