web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dah Bagi Signal Tetap Kena Tendang, Siapa Bersalah?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 8:08PM

Tangkapan layar sebuah motosikal dipercayai menendang cermin sisi sebuah kereta mewah yang cuba mengubah laluan ketika jalan raya sesak berhampiran Persimpangan UNITEN. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Video tular membabitkan seorang penunggang motosikal menendang cermin sisi sebuah kereta mewah jenis Porche yang cuba mengubah laluan ketika jalan raya sesak, mengundang perdebatan warganet.

Dalam kejadian berhampiran Persimpangan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) itu, kereta tersebut yang dirakam berada di lorong kanan, terperangkap dalam kesesakan.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 37 saat itu, pemandu kereta tersebut memberi isyarat ke kiri untuk mengubah laluan ke lorong tengah.

Namun, beberapa saat kemudian, sebuah motosikal dari arah belakang ditunggang pekerja penghantar tiba-tiba menendang cermin sisi kereta terbabit sehingga terpelanting, menyebabkan pemandunya membatalkan niat mengubah laluan.

Kejadian mencetuskan persoalan siapa sebenarnya yang bersalah dalam isu tersebut dan warganet mempunyai dua pandangan berbeza berhubung insiden berkenaan.

“Dia (kereta) masih berada dalam laluannya. Penunggang motosikal di Malaysia fikir laluan tengah adalah milik mereka, namun peraturan sama perlu dipatuhi kedua-dua kenderaan,” kata Chris Mah.

“Tiga saat masa yang cukup untuk mengesan atau mengenalpasti, menjangka dan bertindak. Jika penunggang bagi alasan tak mampu mengelak ia adalah kesalahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan dan merosakkan harta benda awam Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Nampaknya penunggang layak untuk keduanya (tindakan) dan termasuk tindakan daripada majikannya,” kata Amer Abdul Kahar.

Bagaimanapun, ada juga pengguna Facebook yang menyebelahi dan menyokong tindakan penunggang motosikal terbabit.

“Dah bagi isyarat pun belum tentu itu jam (masa itu) kau boleh selit. Tengok keadaan jugalah. Kalau penunggang mana dan (sempat) nak brek oi. Kereta di laluan sebelah pun tak nak bagi laluan kau masuk,” kata Azizi Zainal.

Mengulas situasi itu, Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berpendapat, tindakan pemandu kereta tersebut memberikan isyarat untuk mengubah laluan dan tidak masuk secara melulu adalah tepat.

Jelasnya, berdasarkan perspektif perundangan penunggang terbabit seharusnya memberi laluan kepada kereta tersebut, memandangkan pemandunya sudah memberi isyarat selama hampir lima saat sebelum motosikal berkenaan tiba.

“Tindakan tersebut (menendang) agak keterlaluan kerana pemandu kereta berkenaan masih berada di laluannya walaupun sudah melintasi sedikit garis putus ke laluan tengah.

“Berdasarkan jarak masa pemandu memberi isyarat tersebut sepatutnya penunggang terbabit boleh memperlahankan motosikalnya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sehingga kini, video tersebut sudah mendapat lebih 3,300 emoji, 3,100 komen dan 4,000 perkongsian di Facebook setakat jam 4 petang ini. - Getaran, 6 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad