Berita Terkini

7 jam yang lalu: Pegawai polis yang terbunuh di Stadium Kanjuruhan dinaikan pangkat 7 jam yang lalu: Arab Saudi bakal anjur sukan musim sejuk Asia 2029 di Trojena 7 jam yang lalu: MIDA, HDC meterai MoU bagi perkasa kapasiti industri halal 7 jam yang lalu: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS 7 jam yang lalu: Polis Pahang lupus rokok tidak bercukai bernilai lebih RM2.8 juta

IKUTI KAMI


''Kalau Jaga Aib, Sampai Bila Jenayah Seksual Tak Selesai'' - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 7:15PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menempelak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menegur tindakan seorang pelakon remaja mendedahkan sikap buruk bapanya dalam program broadcast di YouTube baru-baru ini.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pemikiran sedemikian disifatkan sebagai kolot dan tidak patut dibenarkan sama sekali.

“Apa ini? Sejak bila dedahkan jenayah seksual jadi ‘buka aib’? Ini sangat salah,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Tegas Ahli Parlimen Muar itu, jika mangsa diminta agar menjaga aib bapanya yang juga pelaku perbuatan tidak senonoh tersebut, maka isu jenayah seksual akan berleluasa.

“Kalau kena ‘jaga aib’ sahaja sampai bila masalah jenayah seksual tak akan selesai. Pemikiran macam inilah yang buat mangsa takut nak ke depan. Kolot dan tak patut dibenarkan,” katanya.

Justeru, beliau menggesa agar siasatan lengkap dijalankan terhadap dakwaan pelakon berusia 15 tahun itu.

“Kalau ada jenayah seksual yang terbongkar, siasat segera!,” katanya.

Terdahulu, Idris berkata, pelakon terbabit sewajarnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perbuatan bapanya kepada orang ramai.

Sebaliknya, beliau berkata, remaja itu sepatutnya membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman pada masa akan datang.

“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan kepada orang ramai.

“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2022 di Bangi, Selangor, hari ini.

Idris Ahmad - Gambar fail
Idris Ahmad - Gambar fail

Idris menjawab dakwaan dibuat pelakon berkenaan baru-baru ini yang mendedahkan sikap buruk bapanya, termasuk memperlakukan ibunya dengan teruk.

Susulan pendedahan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dalam reaksinya semalam berkata, pihaknya bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Siti Aishah Shaik Ismail bersetuju tindakan menceritakan sesuatu aib tidak wajar dalam Islam, tetapi pendedahan tersebut perlu dipandang serius kerajaan.

Menurut beliau, Rina seharusnya lebih peka dan agresif terhadap isu itu serta memberi solusi terbaik kepada masyarakat jika mereka pernah melalui insiden sama.

“Dengan menyebut bahawa jika ada laporan barulah tindakan diambil itu tidak menggambarkan fungsinya sebenar kementerian tersebut.

“Mereka sepatutnya tidak bertindak sebagai ‘Balai Polis’, tetapi seharusnya menjadi rakan pendengar dan penyelesai yang baik,” katanya hari ini. - Getaran, 6 September 2022

Jelas Siti Aishah, beliau yakin masih ramai mangsa di luar sana yang melalui detik hitam seperti pelakon terbabit.

“Jadi kerajaan, terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) harus menjalankan tanggungjawab mereka secara total.

“Jabatan agama juga harus lebih berfungsi mendepani isu besar berkaitan masyarakat hari ini dan tidak hanya melihat sesuatu isu berdasarkan hukum, tetapi tidak menyentuh kepada soal kebajikan serta rahmah,” katanya.

Ujarnya, Idris perlu berada dalam ‘radar rakyat’ bagi membolehkan beliau meneliti setiap perkara sesuai dengan kebijakan digambarkan Islam.

“Islam itu meletakkan keadilan di tempatnya dan pada masa sama ia menjadi petunjuk kepada sesuatu yang tidak baik kepada baik,” katanya. - Getaran, 6 September 2022

Sorotan

1

Kandungan Sumbang: Pelakon Zul Ariffin Didenda RM30,000

2

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

3

‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tun Daim Simpati Nasib Bekas Kakitangan Utusan Melayu

oleh Mohd Hazli Hassan

Politik 8 jam yang lalu

PRU-15: Ceraikan PN Jika PAS Mahu Bersama UMNO - Ahmad Zahid

oleh Danial Dzulkifly

Politik 1 hari yang lalu

Keputusan Pecat, Gantung Ahli UMNO Dibuat Secara Bersama - Zahid

oleh Sofian Baharom

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalkan Reka Bentuk Semasa Stadium Shah Alam Idea Hebat

oleh Saktesh Subramaniam