web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwa Diraba Sejak Kecil, Aqish Dan Bapa Bakal Dipanggil Untuk Siasatan - Menteri

Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memanggil Aqish dan bapanya untuk siasatan jika ada laporan rasmi diterima pihaknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 2:05PM

Rina Mohd Harun dan Puteri Balqis - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendedahan menggemparkan pelakon Puteri Balqis Azizi yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sendiri telah sampai kepada pengetahuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Menerusi sebuah temu bual podcast pelakon itu bersama Bros Gang TV, gadis itu pernah dipaksa menonton video lucah dan diraba oleh bapa kandungnya sendiri walaupun dia masih berusia 5 tahun pada ketika itu.

Maklum mengenai isu yang tular itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun akan memanggil Aqish dan bapanya untuk siasatan jika ada laporan rasmi diterima pihaknya.

“Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Saya difahamkan bahawa artis cilik ini hanya dedah pengakuan itu melalui laman sosial Twitter sebelum tular apabila diulang ciap ramai netizen terutama peminatnya.

“Jika keadaan tersebut betul, ia amat menyedihkan kerana ibu bapa terbabit sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada anak mereka sendiri,” kata Menteri itu seperti dilaporkan Kosmo.

Rina berkata demikian semasa melancarkan Kempen Banteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak. 

Menteri itu turut mendedahkan bahawa kanak-kanak perempuan merupakan golongan paling ramai yang menjadi mangsa penderaan seksual di Malaysia. - Getaran, 5 September 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...