web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penderaan Kanak-Kanak Meningkat, Ibu Kandung Penyumbang Tertinggi - SUHAKAM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 8:41AM

Statistik JKM merekodkan ibu kandung mencatatkan jumlah tertinggi bagi kategori individu mendera anak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu membuktikan tahap mental masyarakat semakin terganggu.

Statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati, ibu kandung mencatatkan jumlah tertinggi bagi kategori individu yang bertanggungjawab melakukan penderaan ke atas kanak-kanak.

Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Arfan Sulaiman berkata, sebanyak 1,665 kes direkodkan sepanjang 2020 berbanding 1,519 pada tahun 2019.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 9.8 peratus, mewakili 149 kes dan perbalahan dalam keluarga termasuk kewujudan insan ketiga dikenal pasti sebagai antara faktor utama.

“Kemelut kewangan yang melingkari hidup juga disahkan sebagai antara faktor penyumbang,” katanya menerusi webinar anjuran Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), semalam.

Arfan menarik perhatian, penderaan bukan hanya berkisar kepada perlakuan atau seksaan secara nyata dan fizikal, namun turut mencakupi aspek mental serta emosi.

“Sikap panas baran dan hilang kawalan diri kerana mabuk atau pengambilan dadah berlebihan serta eleman kecuaian seperti meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa, juga dianggap satu penderaan,” katanya.

Penderaan oleh pengasuh bagaimanapun jelas beliau, menunjukkan penurunan sebanyak 34 peratus atau 152 kes sepanjang tahun 2020.

“JKM pada 2020 merekodkan 883 kes berbanding 1,035 pada tahun sebelumnya.

“Penurunan ini dipercayai disumbangkan oleh pandemik COVID-19 yang memaksa semua pusat asuhan ditutup bagi mengelakkan risiko penularan virus,” katanya.

Dalam perkembangan lain Arfan berkata, statistik juga mendapati, penderaan keseluruhan membabitkan pengabaian, seksual, fizikal dan emosi mencatatkan penurunan sebanyak 8.5 peratus sepanjang tahun lalu.

“Pada 2019, 6,382 kes penderaan keseluruhan direkodkan berbanding 5,836 untuk tahun berikutnya,” katanya.

Peningkatan sebanyak 2.5 peratus bagaimanapun dilihat berlaku ke atas penderaan seksual, membabitkan 1,904 kes tahun lalu.

“Jumlah dicatatkan bagi kategori penderaan seksual untuk tahun 2019 ialah 1,856 kes  dan ia amat membimbangkan,” katanya. - Getaran, 9 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad