web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Pelanggan Setiap Gerai, Satu-Satu Masa Di Bazar Ramadan - MB

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 6:45PM

Ahmad Yakob (kiri) menandatangani plak Pasar Siti Maryam pada Majlis Perasmian Pelancaran Pasar Awam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan di Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Peniaga Bazar Ramadan di Kelantan hanya dibenarkan melayan dua pelanggan sahaja pada satu-satu masa, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia adalah untuk mengelakkan penularan COVID-19 di bazar Ramadan.

Menurut beliau, pembukaan bazar perlu dibuat mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) khususnya penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

“Penjarakan sosial di bazar Ramadan perlu dilaksanakan dan yang paling penting, jumlah penjual serta pembeli perlu mengikut kapasiti tempat.

"Peniaga juga hanya boleh melayan dua pelanggan sahaja pada satu-satu masa bagi memastikan penjarakan sentiasa dipatuhi. Mereka yang pergi ke bazar Ramadan juga perlu memakai pelitup muka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pasar Awam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, pelaksanaan solat Tarawih hanya dibenarkan menggunakan khidmat imam yang ada di negeri itu sahaja.

"Kita ada ramai imam tempatan, hasil produk pengajian tahfiz, sains dan pembelajaran normal. Jadi pihak masjid boleh guna khidmat mereka memandangkan imam dari luar tidak dibenarkan masuk kerana pintu sempadan masih ditutup.

"Pada masa sama, Program Madinah Ramadan juga menggunakan khidmat imam yang sedia ada, dengan kehadiran 500 jemaah sahaja pada satu-satu masa,” katanya. - Getaran, 8 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad