web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Benarkan Tarawih Dan Aktiviti Pengimarahan Di Masjid, Surau Pada Ramadan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2021 5:48PM

Johor benarkan program ihya' Ramadan untuk mengimarah masjid dan surau sepanjang Ramadan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor membenarkan program ihya' Ramadan yang merangkumi solat tarawih serta aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di seluruh negeri itu, dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin J arvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin di sini, hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan pelaksanaan program ihya' Ramadan yang berkuat kuasa 1 Ramadan itu, perlu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JAINJ, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pelaksanaan solat tarawih diberi keutamaan kepada jemaah lelaki dewasa dan kanak-kanak yang berumur tujuh tahun dan ke atas. Kapasiti para jemaah di dalam masjid dan surau juga tidak mempunyai had, namun jemaah perlu mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakan fizikal.

“Solat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat diikuti solat witir sebanyak tiga rakaat. Imam bertugas hendaklah membaca surah-surah lazim sahaja pada setiap rakaat, selepas bacaan surah al-Fatihah,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, bagi program tadarus al-Quran dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi satu jam selepas solat witir atau waktu yang diprogramkan oleh pihak masjid dan surau, manakala majlis khatam al-Quran pula dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi satu jam 30 minit.

“Program kuliah dan ceramah dibenarkan dalam tempoh tidak melebihi satu jam, bagaimanapun kuliah sebelum atau selepas tarawih tidak dibenarkan.

“Majlis qiamulail adalah dibenarkan untuk tempoh dua jam sebelum masuk waktu Subuh. Namun, jemaah tidak dibenarkan tidur bermalam di dalam masjid dan surau,” menurut kenyataan itu.

Majlis berbuka puasa, sahur dan moreh di dalam masjid serta surau turut dibenarkan untuk dilaksanakan di kawasan dikhususkan, dengan juadah dibungkus manakala aktiviti buffet atau layan diri tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, menurutnya bagi majlis-majlis tertentu jamuan secara berhidang dibenarkan untuk 50 jemaah sahaja di ruang yang ditetapkan.

“Program agihan bubur lambuk dalam kawasan masjid dan surau turut dibenarkan, namun kegiatan masak memasak dalam kawasan masjid dan surau tidak dibenarkan,” jelasnya. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar