web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siarkan Laporan Lengkap Forensik LCS Tanpa Sebarang Maklumat Dipadamkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 8:34PM

Mohamad Sabu - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan Pengauditan Forensik skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasikan seharusnya disiarkan secara lengkap tanpa sebarang maklumat atau bahagian dipadamkan.

Mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas Timbalannya, Liew Chin Tong berkata, siasatan polis terhadap Rafizi Ramli ketika ini adalah berkenaan butiran dibongkar Timbalan Presiden PKR itu daripada bahagian yang dipadamkan dalam laporan berkenaan.

Sambil menyatakan solidariti kepada Rafizi, kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu berkata, polis seharusnya menyiasat mereka yang melakukan jenayah rasuah, bukannya mantan Ahli Parlimen Pandan tersebut.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Zainab Mohd Salleh yang dinamakan dalam Laporan Pengauditan Forensik harus dipanggil untuk membantu siasatan skandal RM9 bilion ini,” katanya menerusi kenyataan bersama, hari ini.

Menurut mereka, sejak laporan PAC berkenaan projek LCS diumumkan pada 4 Ogos disusuli dengan nyahklasifikasi dua laporan berkaitan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya mempunyai maklumat serta bukti untuk menjalankan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap individu terlibat.

“Sebenarnya, SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC, SPRM juga menerima semua laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) semasa laporan ini dibentangkan dan Laporan Pengauditan Forensik berkenaan projek LCS. 

“Laporan JKSTUPKK berkenaan projek LCS dan projek kapal ronda generasi baharu (NGPV) dibentang kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 dan dipanjangkan kepada SPRM dengan serta-merta,” katanya.

Tegas mereka, siasatan skandal LCS perlu dijalankan dengan segera dan secara telus.

Skandal LCS tercetus susulan pendedahan PAC pada 4 Ogos lalu, dua tahun selepas memulakan siasatan terhadap projek bernilai RM9.13 bilion itu.

PAC berkata, projek membina enam kapal itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui rundingan terus, dan kerajaan telah membayar RM6.08 bilion atau 66.65 peratus daripada kos setakat ini.

Bagaimanapun, tiada satu pun kapal LCS telah dihantar.

Mengikut garis masa PAC, lima kapal LCS sepatutnya telah siap dan diserahkan kepada kerajaan pada Ogos 2022. - Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bincang Harga Selepas India Lulus Eksport 170,000 Tan Beras Ke Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Sekatan Import Ikan Dari Jepun - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad