web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pangsapuri Mewah Sebelah Kolam Takungan, Fahmi Gesa DBKL Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 3:46PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa memberi penjelasan penuh berhubung laporan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memberi kelulusan bersyarat, untuk pembangunan projek pangsapuri mewah bersebelahan kolam takungan banjir di Lorong Maarof di Bangsar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau amat terkejut kerana kolam tersebut bukan satu dari pada enam kolam takungan banjir yang diluluskan untuk pembangunan seperti didedah Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Menurutnya, kolam takungan di Lorong Maarof itu sebelum ini sememangnya sering kali melimpah apabila hujan lebat, sehingga beliau sendiri melihat limpahan air merosakkan jalan di lorong berkenaan serta mengakibatkan Taman Bangsar dinaiki air.

“Berdasarkan carian di ‘Online Mapping PBRKL2020’, setakat pagi ini, lokasi tersebut iaitu Lot 481350 kelihatan ditentukan kegunaannya sebagai Infrastruktur dan Utiliti. Oleh itu, amat ganjil bila dilaporkan ia bakal menjadi kondominium mewah.

“Pendirian saya dalam kes ini serupa isu Kolam Takungan Banjir Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama, iaitu Kuala Lumpur perlukan kolam takungan banjir yang berfungsi dengan baik.

“Bukan setakat semua kolam takungan sedia ada perlu dikekalkan, saya menjangkakan bahawa kita perlu lebih banyak kapasiti takungan berbanding yang ada sekarang terutama apabila berlaku krisis iklim seperti yang kita saksikan sekarang,” katanya hari ini.

Pada masa sama tambah Fahmi, warga kota perlu diberitahu status terkini perancangan tebatan banjir kilat bagi ibu kota termasuk dalam menambah baik saliran serta kolam-kolam takungan banjir.

“Untuk hanya bergantung kepada sejumlah titik panas atau hot spot didirikan mungkin memadai bagi jangka masa pendek atau sementara waktu, tapi apakah sebenarnya perancangan jangka masa panjang pihak berkuasa terutama bila melibatkan kawasan-kawasan yang menyaksikan pembangunan begitu pesat?

“Musim hujan lebat berterusan semakin hampir. Bukan setakat sediakan payung, tapi kita juga mesti sediakan kolam takungan dan saliran yang lebih baik sebelum hujan,” katanya.

The Vibes semalam melaporkan, DBKL memberi kelulusan bersyarat untuk pembangunan projek pangsapuri mewah bersebelahan kolam takungan banjir terlibat.

Bercakap kepada The Vibes, sumber DBKL mendedahkan bahawa pembangunan tersebut yang diluluskan berhampiran kolam buatan itu, akan dinaik taraf menjadi ‘kolam tertutup’. - Getaran, 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad