web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pangsapuri Mewah Diluluskan Bersebelahan Kolam Takungan Air Bangsar: Sumber DBKL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 2:34PM

Kumpulan Facebook penduduk, The Republic of Bangsar (#TROB) mendakwa DBKL memberikan kelulusan pembangunan bersyarat untuk membina sebuah kondominium ‘di kawasan kolam takungan air’ di Lorong Maarof, Bangsar - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kelulusan bersyarat untuk pembangunan projek pangsapuri mewah bersebelahan kolam takungan banjir di Lorong Maarof di Bangsar.

Bercakap kepada The Vibes, sumber DBKL mendedahkan bahawa pembangunan tersebut yang diluluskan berhampiran kolam buatan itu, akan dinaik taraf menjadi ‘kolam tertutup’.

“Kolam takungan akan kekal, DBKL tidak bercadang menutup kolam itu.

“Pembangunan itu bukan di kolam berkenaan, tetapi di kawasan sekitarnya,” kata sumber terbabit kepada The Vibes secara ringkas.

Kolam itu terletak di tengah-tengah laluan antara Lorong Maarof dan kawasan berpokok. 

Kolam takungan itu terletak di tengah-tengah laluan antara Lorong Maarof dan kawasan berpokok
Kolam takungan itu terletak di tengah-tengah laluan antara Lorong Maarof dan kawasan berpokok

Difahamkan, kepadatan kawasan yang dibenarkan, dinaikkan daripada 400 orang setiap ekar kepada 1,600 orang.

Sumber itu yang enggan dikenali berkata, DBKL sudah mengadakan perbincangan dan mendapat kelulusan daripada penduduk di kawasan sekitar mengikut Peraturan 5 Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982.

Peraturan 5 itu membenarkan penyertaan awam dalam perancangan dan kawalan pembangunan oleh kerajaan.

Ia tercetus selepas kebimbangan dibangkitkan menerusi kumpulan Facebook penduduk, The Republic of Bangsar (#TROB) yang mendakwa DBKL memberikan kelulusan pembangunan bersyarat untuk membina sebuah kondominium ‘di kawasan kolam takungan air’. 

Menurut seorang pengguna Facebook, kolam ini menghalang Bangsar daripada mengalami banjir kilat setiap kali hujan lebat
Menurut seorang pengguna Facebook, kolam ini menghalang Bangsar daripada mengalami banjir kilat setiap kali hujan lebat

Seorang pengguna Facebook terbabit memberitahu, pembangunan berkenaan akan berada di tapak 481350, iaitu bersebelahan Bangsar Indah.

“Kolam itu menghalang Bangsar daripada mengalami banjir kilat setiap kali hujan lebat.

“Tapak ini juga mengalami tanah runtuh secara besar-besaran semasa hujan Disember yang mengancam nyawa penduduk di Bangsar Indah (kompleks pangsapuri). Apakah kebodohan di sebalik keputusan ini yang dibenarkan tiga bulan lalu?” soalnya. 

Semakan The Vibes di portal Pusat Setempat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendedahkan, kelulusan bersyarat diberikan kepada firma pembangunan Sri Haneco Sdn Bhd pada 22 April untuk nombor lot tanah 481349 dan 481350.

Menurut dokumen permohonan projek dalam talian, kelulusan pembangunan bersyarat diberikan untuk apa yang difahamkan sebagai dua fasa projek.

Dokumen itu juga menyatakan kepadatan penduduk bagi kawasan berkenaan meningkat daripada 400 orang setiap ekar (OSE untuk ‘orang seekar) kepada 1,600 OSE.

Menurut dokumen permohonan projek dalam talian, kelulusan pembangunan bersyarat diberikan untuk apa yang difahamkan sebagai dua fasa projek
Menurut dokumen permohonan projek dalam talian, kelulusan pembangunan bersyarat diberikan untuk apa yang difahamkan sebagai dua fasa projek

Ia menerangkan kelulusan itu sebagai “Penyatuan tanah bagi tujuan menaik taraf kolam tadahan air dengan menjadikannya secara tertutup (fasa 1) dan pembangunan kediaman (fasa 2).”

Dokumen berkenaan juga menyatakan bahawa “Meningkatkan kepadatan penduduk daripada 400 OSE kepada 1,600 OSE untuk pembangunan pangsapuri mewah di Lot 481350 dan Lot 481349, Lorong Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan untuk Tetuan Sri Haneco Sdn Bhd.”

Menurut dokumen Jabatan Tanah dan Galian yang diperoleh The Vibes, Sri Haneco adalah pemilik tunggal kedua-dua tapak tersebut dan tanah yang diduduki mereka bukan di kawasan simpanan.

“Tanah ini mesti digunakan untuk membina hartanah kediaman bagi tujuan kondominium sahaja.

“Pemilikan tanah ini tidak boleh dipindah milik, dipajak atau digadai tanpa kebenaran Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” menurut dokumen itu.

Tinjauan The Vibes di sekitar kolam yang dinyatakan itu mendapati tiada kerja menaik taraf dimulakan
Tinjauan The Vibes di sekitar kolam yang dinyatakan itu mendapati tiada kerja menaik taraf dimulakan

Tinjauan The Vibes di sekitar kolam yang dinyatakan itu mendapati tiada kerja menaik taraf dimulakan.

Cubaan untuk mendapatkan pengesahan dan butiran lanjut daripada Sri Haneco mengenai projek dirancang itu, tidak berhasil.

Seorang kakitangan syarikat menjawab ‘kami tidak menerima sebarang maklumat daripada pengurusan kami dan kami tidak tahu bila kami akan menerima perincian mengenai perkara ini.’ – The Vibes, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad