web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ribuan Pelajar UM Berdepan Masalah Kekurangan Penginapan Di Kampus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 7:09AM

Gambar Facebook Universiti Malaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ribuan pelajar Universiti Malaya (UM) gagal mendapatkan penginapan di kampus yang dipercayai sebagai kekurangan paling teruk pernah dihadapi institusi pendidikan berkenaan.

Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) memaklumkan, sebilangan besar pelajar B40 yang memperoleh mata merit tinggi turut diabaikan, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Katanya, isu kegagalan permohonan penginapan asrama dihadapi hampir 9,000 pelajar itu, memerlukan perhatian segera dan pihak universiti mesti memberi maklum balas terhadap perkara terbabit.

“Kami mengecam sikap tidak bertanggungjawab universiti kerana memilih untuk berdiam diri dalam isu serius seperti ini,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut UMANY, satu daripada punca utama kekurangan serius penginapan di universiti itu adalah pengambilan pelajar yang sangat tinggi, kononnya antara cara untuk mengumpul lebih banyak dana susulan pemotongan peruntukan oleh kerajaan.

“Hari ini, bagi setiap bilik, ada empat pemohon dengan nisbah 2:1 apabila ia membabitkan pelajar B40.

“Ini jelas menunjukkan UM hanya mementingkan keutamaan sendiri dan mengabaikan kepentingan serta kebajikan pelajar,” katanya.

UMANY menegaskan, satu lagi punca masalah tempat tinggal itu adalah kekurangan ketelusan dalam sistem pemilihan yang diuruskan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan.

Tegasnya, beberapa percubaan untuk mendesak bahagian itu mendedahkan syarat pemilihan tidak diendahkan.

Peluang terhad untuk pelajar menguruskan penginapan mereka sendiri turut menyumbang kepada situasi kekurangan tempat tinggal itu.

“Walaupun Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) sudah berulang kali cuba mendapatkan ‘kuasa’ untuk menguruskan penginapan, HEP tetap menolak cadangan itu.

“Baru-baru ini, HEP tiba-tiba menarik balik program Sewa Perumahan KMUM (RSKMUM) yang diuruskan kesatuan selama tiga tahun. Mereka juga tidak menerima sebarang permohonan baharu untuk program tersebut,” katanya.

Susulan keadaan itu, UMANY mengemukakan 10 tuntutan kepada pihak pengurusan universiti agar segera menyelesaikan isu tersebut dan meningkatkan kebajikan pelajar.

Kumpulan itu antara lain mahu Kementerian Kewangan memperuntukkan dana tambahan untuk pembinaan lebih banyak penginapan pelajar, bagi memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus diberikan asrama mampu milik.

Ia juga menuntut bantuan bersasar diberikan kepada pelajar B40 yang gagal mendapat tempat penginapan, program RSKMUM dikembalikan dan semua kemudahan di kampus ditambah baik. – The Vibes, 3 September 2022

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar