web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar IPT B40 Terima Tablet Percuma, ‘Tak Perlu Pulang Semula’ - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 4:34PM

Ismail Sabri berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di UiTM Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju memberikan tablet secara percuma kepada semua penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia, bagi meringankan bebanan pelajar dalam kalangan B40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian membabitkan tablet jenama terkenal itu juga sebagai penghargaan, selain diharap menjadi pemangkin bagi penerima untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

Katanya, penerima tidak perlu memulangkan semula peranti tersebut selepas pengajian seperti mana diumumkan menerusi Konsep Guna Pakai (KGP).

“Bagi memastikan proses pengajian pelajar B40 terus terpelihara, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM450 juta menerusi Bajet 2022 bagi melaksanakan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

“Menerusi inisiatif ini, pelajar B40 akan menerima sebuah peranti berbentuk tablet, yang boleh dimanfaatkan sepanjang proses pembelajaran sehinggalah mereka menamatkan pengajian nanti.

“Justeru, pada hari ini sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi terus peranti berupa sebuah tablet berjenama terkenal ini kepada semua penerima. Tak perlu pinjam, tak perlu pulang balik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, di sini, hari ini.

Ismail Sabri memaklumkan, kemajuan teknologi pesat ketika ini, meningkatkan penggunaan peranti media dalam setiap aspek, khususnya bidang pendidikan.

Susulan kemajuan itu, beliau berkata, terdapat keperluan ia digunakan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih lancar, sistematik serta berkesan.

“Majoriti pelajar yang menggunakan teknologi dalam urusan pembelajaran harian, menerima kesan positif dan dapat menambah ilmu pengetahuan tanpa sempadan.  

“Namun, terdapat pelajar yang kurang berkemampuan ada kalanya perlu meminjam peranti rakan atau terpaksa pergi ke pusat Internet di bandar, semata-mata untuk menghadiri kelas dalam talian mahupun membuat tugasan pengajian,” katanya.  

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju memanjangkan tempoh pendaftaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia sebagai usaha bagi memastikan lebih ramai golongan pelajar dan remaja memperoleh akses internet.  

“Terdapat keperluan ia dilakukan untuk pembelajaran talian mahasiswa dari rumah tanpa kekangan data.  

“Pakej prabayar mampu milik khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah ini yang diperkenalkan bermula Oktober 2021 pada asalnya, dijadual tamat Oktober tahun ini.  

“Keputusan pemanjangan tempoh ini diharapkan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar dan remaja untuk melanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan penyedia perkhidmatan mudah alih,” katanya.  

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memperkasa penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia ke pusat pengajian.  

“Penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia di kampus dapat mengurangkan beban mahasiswa terhadap tekanan harga barangan yang tinggi,” katanya. - Getaran, 3 September 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad