web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dera Amah: Wanita Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 3:02PM

ACP Zainal Mohamed Mohamed - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang majikan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia, di sebuah rumah di Batu Caves di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata penahanan suspek berusia 35 tahun pada Khamis lepas dilakukan selepas mangsa berjaya melarikan diri daripada rumah majikannya itu dan membuat laporan polis pada 5 petang, sehari sebelum itu.

Beliau berkata pembantu rumah berusia 46 tahun itu mendakwa didera secara fizikal oleh majikannya yang merupakan pasangan suami isteri.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah bekerja dengan pasangan tersebut mulai Oktober 2019 serta sering dipukul sejak itu.

“Mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut oleh pegawai perubatan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Zainal Mohamed berkata suspek berusia 35 tahun itu ditahan reman sehingga Isnin ini.

“Pihak polis sedang melengkapkan siasatan bagi kes ini dan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Imigresen bagi memastikan siasatan lengkap dari pelbagai sudut bagi tujuan pendakwaan ke atas suspek,” katanya.

Beliau berkata sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Reezal Mohammad @ Mohd Zain di talian 03-6126 2222 atau 013-3479809. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja