Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemohon Zakat Kantoi Duduk Kondo Mewah, Bukan Rumah Pusaka Tapi Menyewa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 7:13AM

Gambar Facebook Baitulmal MAIWP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha Skuad Jejak Asnaf dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjejaki sebuah keluarga yang kononnya memerlukan bantuan zakat berjaya membongkar gaya kehidupan mewah mereka.

Dalam satu hantaran di Facebook, Baitulmal MAIWP memaklumkan mereka pergi ke kediaman keluarga berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam.

Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi ditujui, skuad tersebut terkejut selepas mengetahui nilai kondominium dihuni keluarga berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kami didatangi perasaan terkejut apabila melihat nilai hartanah di tempat tersebut.

“Secara pratikalnya sesebuah keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan tidak akan mampu menghuni kediaman mewah sedemikian,” katanya.

Menurut Baitulmal MAIWP, hasil siasatan mendapati keluarga terbabit sebenarnya menyewa di kediaman mewah itu.

“Mereka ini menghuni di kediaman tersebut dengan bayaran sewa secara bulanan. Bukannya rumah pusaka mahupun menerima ehsan tinggal percuma daripada orang lain,” katanya.

Difahamkan kadar sewa di kediaman tersebut boleh mencecah sehingga RM3,000 sebulan, dengan sewa bulanan di unit studio berkeluasan 500 kaki persegi bermula pada harga RM1,500.

Dalam pada itu, Baitulmal MAIWP turut mendedahkan kebanyakan golongan tersebut memberi alasan tinggal di kediaman mewah atas faktor keselesaan dan keselamatan keluarga selain lokasinya berdekatan dengan sekolah anak.

“MAIWP ingin menasihatkan mereka yang terkesan atau berada dalam kesempitan hidup perlu bersedia untuk menurunkan gaya dan cara hidup.

“Kita seharusnya bijak menyesuaikan di antara keperluan dan juga kehendak seiring dengan kemampuan semasa,” katanya.

Pada masa sama, MAIWP berkata, pihaknya sedia membantu meringankan beban dan kesusahan hidup golongan terjejas.

Hantaran yang tular itu dikongsi hampir 1,000 kali di Facebook dan mendapat lebih 2,600 tanda suka.

Majoriti warganet mengecam tindakan keluarga tersebut sebagai punca ramai golongan memerlukan sukar mendapatkan bantuan zakat.

“Inilah punca proses permohonan orang yang betul-betul susah jadi makin ketat. Menipu banyak,” kata Lee Bugis.

“Asnaf kayangan ni. Mahu sewa RM2,000 sebulan,” kata Mohd Hafiz.

“Kerana orang sebeginilah asnaf lain yang betul-betul memerlukan jadi mangsa. Apa pun saya bersyukur sangat banyak bantuan dari Baitulmal sebab ibu tunggal. Kerja pun tak tetap dan berpenyakit,” kata Mokti Rossa.

“Mengambil bantuan yang bukan hak kita berat timbangan dosa kat sana. Ramai lagi kat luar sana perlukan bantuan. Semoga orang macam ni sedar dan bertaubat,” kata Wan Mohammad.

Pada Januari sehingga 21 Julai lalu, lebih RM440 juta sudah diagihkan MAIWP menerusi enam program antaranya membabitkan skim bantuan zakat, pendidikan, penyelenggaraan prasarana dan agihan kepada amil. - Getaran, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Lepas 'Kantoi' Tidur, Wan Fayhsal 'Kantoi' Edit Poster Pula

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Arkib Negara Malaysia Baik Pulih Rumah Pusaka P Ramlee

3

Semasa 8 bulan yang lalu

2 DPP Antara 17 Ditahan ‘Kantoi’ Ambil Dadah 

4

Sukan 10 bulan yang lalu

Atlet Olahraga Digantung Sementara Selepas Kantoi Doping - ADAMAS

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Sukan 15 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi