web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasuah: Bung Moktar, Zizie Izette Beri Keterangan Bermula 23 September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 5:58PM

Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette, akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta bermula 23 Sept ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, akan membela diri bagi menjawab tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, melibatkan pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad bermula 23 Sept ini.

Bung Moktar, 64, bersut biru gelap dan Zizie Izette, 44, bersut hitam memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, dan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan pasangan suami isteri itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Rozina memaklumkan kepada mereka bahawa bagi tujuan membela diri, mereka mempunyai tiga pilihan iaitu sama ada memilih untuk berdiam diri; atau sama ada ingin memberi keterangan di dalam kandang tertuduh yang mana keterangan secara tidak bersumpah; atau memberi keterangan bersumpah di kandang saksi yang boleh disoal balas.

Sementara itu, peguam M. Athimulan, yang mewakili Bung Moktar memberitahu mahkamah seramai lapan saksi termasuk anak guamnya, akan memberi keterangan manakala peguam Datuk K. Kumaraendran, mewakili Zizie Izette memaklumkan hanya dua saksi termasuk pelakon itu, akan memberi keterangan pada perbicaraan yang ditetapkan selama 14 hari bermula 23 Sept ini.

Rozina dalam penghakimannya berkata walaupun terdapat percanggahan antara rakaman percakapan dua saksi utama pendakwaan dengan keterangan lisan mereka di mahkamah terbuka, ia tidak memberi kesan terhadap pertuduhan dihadapi kedua-dua tertuduh.

Mereka ialah saksi pendakwaan ke-24 (SP24), ejen Public Mutual Madhi Abdul Hamid dan saksi pendakwaan ke-25, perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar.

“Walau bagaimanapun, saya mengambil maklum percanggahan tersebut dan setelah meneliti keterangan SP24 dan SP25 secara keseluruhannya dengan berhati-hati, mahkamah menerima keterangan kedua-dua saksi itu yang dikemukakan di hadapan mahkamah ini.

“Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan secara keseluruhan dan hujahan pendakwaan serta pembelaan, saya berpuas hati dan mendapati bahawa kesemua inti pati pertuduhan di bawah Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dipertuduhkan ke atas tertuduh pertama, Bung Moktar telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan pada tahap prima facie,” katanya.

Rozina berkata di dalam kes ini telah dibuktikan bahawa wang RM2.8 juta telah diperoleh melalui tertuduh kedua, Zizie Izette. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan