web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital Bera, Hospital Rembau Antara 5 Fasiliti Hab Teknologi Kesihatan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 5:33PM

Menurut Khairy Jamaluddin, hospital terbabit dipilih atas kesediaan infrastruktur teknologi, tenaga mahir, integrasi dengan teknologi semasa seperti internet dan 5G, perkakasan serta pemahaman teknologi terkini. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hospital Bera, Pahang dan Hospital Rembau, Negeri Sembilan hari ini diumumkan antara lima fasiliti awam yang akan dijadikan sebagai Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS), bagi menguji dan mengkormesialkan inovasi teknologi kesihatan di Malaysia.

Tiga lagi fasiliti yang terpilih itu adalah Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara (IKN), Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur, Hospital Bera (Pahang) dan Hospital Rembau (Negeri Sembilan).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tiga hospital terbabit yang terletak di bandar, iaitu Hospital Putrajaya, IKN dan Hospital Tunku Azizah, dipilih atas kesediaan infrastruktur teknologi, tenaga mahir, integrasi dengan teknologi semasa seperti internet dan 5G, perkakasan serta pemahaman teknologi terkini.

“Dua lokasi di luar bandar, iaitu Hospital Bera dan Hospital Rembau juga dikenal pasti sebagai hab ini, bagi pengujian teknologi seperti robot, internet kebendaan perubatan dan kemudahan 4G/5G.

“Lima lokasi ini akan dikenali sebagai pusat sehenti bagi sektor kesihatan untuk mencungkil potensi menghadapi cabaran sektor kesihatan yang semakin meningkat di Malaysia, menyediakan pengalaman penjagaan kesihatan berkualiti tinggi untuk negara dengan teknologi dan inovasi,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat Khairy pada Majlis Pelancaran Hab Teknologi Kesihatan NTIS di sini.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba.

Selain itu, Khairy berkata, pada tahun 2020, pelaburan ekuiti swasta dan modal teroka dalam industri kesihatan serta kesejahteraan di Malaysia meningkat 18.4 peratus, berbanding 2019 susulan pandemik COVID-19.

“Ini secara langsung meningkatkan fokus kepada kesihatan fizikal dan mental di mana trend ini dijangka akan berterusan, selain menyaksikan peralihan tumpuan pengguna kepada produk serta solusi kesihatan.

“Justeru, hab ini yang bertunjangkan Internet of Medical Things (IoMT), di mana peralatan dan aplikasi perubatan membentuk satu ekosistem yang saling berkait menerusi rangkaian komputer dalam talian, berupaya mempertingkatkan pengurusan ubat, diagnosis serta rawatan dan pemantauan penyakit kronik dari jarak jauh,” tambahnya.

Sementara itu, Dr Adham berkata, pihaknya komited dalam membangunkan beberapa teknologi inovatif menerusi kerjasama dengan KKM berkenaan yang dapat mengukuhkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara.

“Penubuhan Hab Teknologi Kesihatan NTIS akan mempercepat penciptaan, penerimaan dan pengkomersialan teknologi serta inovasi tempatan di dalam sektor kesihatan, tanpa menjejaskan tempoh ujian klinikal sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, secara tidak langsung, hab itu juga dapat memberi faedah kepada pengguna untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti dengan kos berpatutan.

“Dari segi kesihatan awam pula, teknologi ini penting untuk menyokong usaha pencegahan penyakit yang dibawa vektor, seperti serangga dan haiwan perosak,” katanya. - Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad