web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Nafi Tindas Pengusaha Vape, Serbuan Bukan Secara Semberono

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 3:16PM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan menindas pengusaha rokok elektronik atau vape berikutan beberapa serbuan dan rampasan yang dijalankan - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan menindas pengusaha rokok elektronik atau vape berikutan beberapa serbuan dan rampasan yang dijalankan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata serbuan bukan dilakukan secara semborono sebaliknya berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Tidak ada siapa hendak menindas (pengusaha vape), kita hendak jaga rakyat supaya sentiasa sihat.

"Saya percaya tindakan (serbuan ke atas premis vape) dilakukan atas sebab-sebab tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program latihan pertolongan cemas dan penggunaan alat defibrilator luaran automatik (AED) di Zoo Taiping dan Night Safari di sini hari ini.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) Ridhwan Rosli dilaporkan sebagai berkata tindakan KKM melakukan serbuan dan rampasan ke atas industri vape menjejaskan operasi pengusaha vape di sekitar Lembah Klang serta memberi kesan kepada usahawan kecil dan sederhana yang melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Ridhwan dilaporkan berkata tindakan serbuan dan rampasan itu seolah-olah memberikan tekanan ke atas industri kerana industri tidak bersetuju dengan cadangan KKM untuk menyamakan vape dengan rokok serta cadangan Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dan Generasi Penamat (GEG).

Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata KKM akan membuat keputusan berhubung kelonggaran pemakaian pelitup muka di negara ini.

Beliau berkata keputusan itu akan diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak lama lagi.

"Ini kerana data kes (COVID-19)  telah menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini dan kita juga sudah hampir kepada kehidupan normal," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan mengenai pemakaian pelitup muka akan diputuskan KKM apabila pihaknya sudah meminta Dr Noor Azmi melihat kepada keperluan untuk pemakaian pelitup muka sekiranya situasi COVID-19 beransur pulih. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad