web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kongsi Lokasi Di WhatsApp, 3 Pendaki Sesat Di Gunung Panti Ditemukan Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 9:19AM

Para pendaki itu ditemui 300 meter dari 'check point' kedua gunung berkenaan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Dua lelaki dan seorang wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Panti di sini semalam, ditemukan selamat selepas memaklumkan lokasi mereka melalui aplikasi WhatsApp, malam tadi. 

Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusoff berkata kesemua mangsa Gan Chen Yang, 23, Yong Chin Cheng, 25, dan Wong Zao Yi (wanita), 22, ditemukan kira-kira pukul 10 malam, 300 meter dari 'check point' kedua gunung berkenaan, sebelum dibawa turun pasukan keselamatan itu. 

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak melakukan pencarian bersama bantuan agensi lain dengan kaedah mengesan lokasi yang telah diberikan oleh mangsa melalui aplikasi WhatsApp,” katanya. 

"Kesemua mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan awal pagi ini. 

Terdahulu, laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang memaklumkan menerusi telefon bahawa mereka tersesat ketika dalam perjalanan turun dari gunung tersebut, pada 4.53 petang. 

Susulan itu, seramai 10 anggota PKO dihantar ke lokasi kejadian dan difahamkan mereka yang memulakan pendakian pada 7 pagi dan dipercayai sudah biasa dengan aktiviti tersebut, masih boleh dihubungi cuma tidak menemukan jalan keluar. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad