web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Label ‘Pork Free’ Hanya Gimik Bisnes, Status Wain Tiada Alkohol Mengelirukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 7:09AM

Restoran milik cef terkemuka, Gordon Ramsay yang baharu sahaja dibuka di Sunway Resort, Selangor - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak dinafikan rakyat Malaysia amat mencintai makanan.

Buktinya? Setiap hari ada sahaja netizen berkongsi restoran mahupun kafe baharu wajib dikunjungi di media sosial.

Terbaharu restoran milik cef terkemuka, Gordon Ramsay yang baharu sahaja dibuka di Sunway Resort dekat Subang Jaya, Selangor menjadi bualan hangat netizen selepas video seorang artis menikmati hidangan istimewa di premis itu tular di aplikasi TikTok.

Ada meluahkan keterujaan mahu mencuba menu istimewanya seperti Beef Wellington dan Steak Tartare namun tidak kurang ada yang meragui status halal restoran tersebut.

Masakan tidak, hidangan Beef Wellington yang popular di seluruh dunia itu disajikan dengan sos wain merah.

The food halal macam TGI Fridays, Chilli’s semua but they cannot get the halal certificate sebab selling alcohol,” kata Hanaa.

“Restoran tu just said that its pork free but still ada serve alcohol. So fikir-fikirlah,” kata Bumbleebaby.

“Dia more to pork free, sebab itu dia serve wine. Ada je Muslim makan kat situ,” kata Panda09u.

“Kalau ikut supplier dia dari sumber halal, tapi tak ada sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebab dia serve wine macam tu. Betulkan kalau salah,” kata Fixzzyx.

Semakan Getaran di portal rasmi Halal Malaysia mendapati, restoran tersebut tiada rekod sijil halal daripada JAKIM.

Video tular itu turut mendapat perhatian pakar agama yang meluahkan kebimbangan mengenai trend makan di restoran pork free di kalangan umat Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, penggunaan pelabelan pork free memberi maksud jelas bahawa makanan yang disediakan oleh premis perniagaan tersebut bebas daripada bahan berasaskan daging khinzir.

Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Fail Bernama
Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Fail Bernama

Menurut beliau, pelabelan tersebut juga bagaimanapun tidak memberi jaminan bahawa makanan yang disediakan 100 peratus halal.

Malah katanya, dari segi istilah tanda halal, ia bukan sahaja merangkumi aspek khinzir tetapi haiwan sama ada ayam, lembu atau kambing yang tidak disembelih mengikut syariat.

Pork free ini bebas daripada (daging) babi tetapi tidak bererti halal kalau kambing, lembu, ayam dan sebagainya tidak disembelih cara Islam.

“Halal dalam Islam pertamanya, haiwan itu mestilah haiwan yang dihalalkan dan perlu disembelih cara Islam,” katanya kepada Getaran.

Susulan itu, beliau menasihati umat Islam supaya bijak menilai isu halal secara menyeluruh bukannya berdasarkan label semata-mata.

Beef Wellington klasik yang dihidangkan di Gordon Ramsay Bar & Grill Petaling Jaya - Gambar Facebook Gordon Ramsay Bar & Grill
Beef Wellington klasik yang dihidangkan di Gordon Ramsay Bar & Grill Petaling Jaya - Gambar Facebook Gordon Ramsay Bar & Grill

“Berhati-hati dan kalau boleh elakkanlah. Pilihlah premis yang tidak meragukan,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Salim turut mempersoalkan penggunaan wain merah yang didakwa bukan alkohol dalam salah satu hidangan disediakan di restoran tersebut.

Beliau berkata, perkataan wain difahami sebagai minuman beralkohol, jadi restoran terbabit tidak sepatutnya menimbulkan keraguan berhubung perkara itu.

“Sepatutnya restoran itu tidak menggunakan perkataan wain sebab ia akan menimbulkan salah faham. Walaupun mereka mungkin hidang minuman halal tetapi nama itu meragukan.

“Sebagai contoh, macam dulu sosej disebut hotdog. Kita janganlah gunakan perkataan itu, sebab ia daging lembu. Tindakan itu seolah-olah mempermainkan umat Islamlah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid menyifatkan penggunaan pelabelan pork free yang sering terpapar di setiap pintu premis perniagaan sebenarnya hanya untuk gimik bisnes.

Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid - Gambar Fail
Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid - Gambar Fail

Katanya, tindakan pengusaha makanan terutamanya dalam kalangan bukan Islam menggunakan label tersebut adalah untuk menarik pelanggan, khususnya umat Islam untuk menikmati makanan dan minuman dijual.

“Bagi saya pork free itu hanya gimik bisnes. Biasalah bisnes sebab mereka tahu orang Islam ada banyak yang perlu dititikberatkan.

“Benda ini tak boleh, itu tak boleh. Disebabkan itu mereka jadi defensive dan muncullah label pork free yang hanya gimik sahaja,” katanya.

Jelas beliau, Islam menggunakan prinsip baik sangka dan selagi tiada syak wasangka, suatu makanan atau produk itu bolehlah dimakan dan digunakan.

“Kita ambil jalan yang lurus, sirotulmustaqim. Dalam Islam ini tidak prejudis tapi kalau hati awak tak yakin 100 peratus halal, jangan makanlah.

“Bukan apa, ia dikhuatiri akan ‘menghitamkan’ hati kita. Ini kerana makanan yang kita makan itu akan jadi darah daging kita. Jadi elakkan kalau ada perasan ragu-ragu,” katanya. - Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

TARA 3 tahun yang lalu

Nikmati Rasa Masakan Cina Halal Szechuan Di Restoran Hua Yi Yuan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 14 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 39 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad