web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memorial Tunku Abdul Rahman Simpan Sejarah Merdeka, Semarak Niat Usir Penjajah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 8:28PM

Memorial Tunku Abdul Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik rumah tersergam indah yang pernah diduduki Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Jalan Dato Onn, tersimpan 1,001 memori pahit melibatkan layanan penjajah terhadap Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu.

Berkongsi memorinya dalam sebuah buku, Almarhum Tunku Abdul Rahman mengimbas kenangannya menduduki sebuah rumah usang di Jalan Hose yang disediakan penjajah untuknya.

Dalam buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Almarhum Tunku menceritakan mengapa beliau berpindah di Residensi Jalan Dato Onn, dari rumah usang yang didudukinya sebelum itu.

“Saya berpindah ke rumah itu kerana tidak tahan lagi tinggal di rumah usang di Jalan Hose, yang sering dilimpahi air setiap kali hujan kerana bumbungnya yang bocor.

“Rumah itu disediakan untuk saya tinggal oleh kerajaan British apabila tiada orang lain yang sudi tinggal di situ,” tulisnya dalam buku tersebut.

Bukti lain yang memperihalkan layanan buruk British terhadap Tunku Abdul Rahman adalah catatan beliau yang dipaparkan di Memorial Tunku Abdul Rahman.

“Sebagai Ketua Menteri, saya tidak diberikan kereta rasmi mahu pun kediaman rasmi. Sebaliknya saya mendiami (sebuah) rumah usang.

“Pada suatu malam, hujan sangat lebat dan bumbungnya bocor sehingga saya terpaksa menolak katil ke bilik lain. Sejak itu saya bernekad untuk menghalau British keluar,” katanya.

Memori layanan buruk penjajah tersebut akhirnya menjadi pembakar semangat Tunku Abdul Rahman untuk mengambil alih kediaman agam di Jalan Dato Onn yang sebelum itu disediakan untuk Residen British.

Keratan daripada kisah rumah usang yang diduduki Tunku Abdul Rahman, seperti dipaparkan dalam bukunya, Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Keratan daripada kisah rumah usang yang diduduki Tunku Abdul Rahman, seperti dipaparkan dalam bukunya, Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Ia turut dijadikan pemangkin untuk menggerakkan usaha ‘mengusir’ kehadiran penjajah, sekali gus memberi kemerdekaan kepada tanah air.

Pengarah Bahagian Arkib Negarawan Arkib Negara Malaysia, Hanizah Jonoh berkata, kediaman Tunku Abdul Rahman di Jalan Dato Onn itu pada asalnya terletak di Klang, Selangor.

Bagaimanapun, menurutnya, susulan perkembangan ekonomi di Kuala Lumpur pada tahun 1880, Gabenor British di Singapura mengarahkan supaya pusat pentadbiran British di Selangor dipindahkan ke Kuala Lumpur.

“Pada awal pertengahan 1880, bangunan residensi di Klang itu dirombak dan dipindahkan melalui Sungai Klang ke Kuala Lumpur untuk didirikan semula sebagai kediaman Residen Inggeris.

“Pembinaan bangunan tersebut siap sepenuhnya pada tahun 1889 dan diduduki oleh Residen British Selangor yang menggantikan Sir Frank Swettenham iaitu Sir William Edward Maxwell sekitar 1889 hingga 1892,” katanya ketika ditemui Getaran di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hanizah berkata, setelah Tanah Melayu (nama Malaysia ketika itu) mencapai kemerdekaan, bangunan terbabit dijadikan kediaman rasmi kerajaan dan didiami oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama selama 13 tahun.

“Dalam ucapan Tunku ketika perasmian pejabat lama beliau di Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya pada tahun 1978, Tunku menyuarakan hasrat supaya residensi tersebut dijadikan sebuah memorial.

“Ia adalah tempat bersejarah kerana menjadi kediaman rasmi Ketua Menteri Tanah Melayu, Perdana Menteri Tanah Melayu pertama dan tempat kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang pertama,” katanya.

Kini residensi tersebut digazetkan sebagai Perhiasan Negara yang menempatkan kediaman rasmi Tunku Abdul Rahman, pejabat lama Jabatan Perdana Menteri dan memorial Tunku Andul Rahman.

Artifak yang dipaparkan adalah asli milik Tunku Abdul Rahman malah perhiasan dalaman rumah berkenaan turut dikekalkan. - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 40 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad