web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perkenal Program Visa Premium, Tarik Hartawan Global

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 5:10PM

Hamzah ketika sidang media mengenai Program Visa Premium Malaysia di Kementerian Dalam Negeri. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia memperkenalkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia bagi menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata program berkonsepkan Residensi Melalui Pelaburan itu, yang pertama seumpamanya diperkenalkan oleh kerajaan, bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, menjana pendapatan negara dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

Katanya, program itu akan dibuka untuk permohonan mulai 1 Oktober 2022.

Hamzah berkata PVIP Malaysia disasarkan kepada hartawan global dari semua negara asing kecuali Israel dan negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Beliau berkata peserta program akan diberikan manfaat berupa kelulusan sehingga 20 tahun, kebenaran belajar, kebenaran membeli hartanah seperti bangunan kediaman, bangunan perdagangan atau industri dan membuat pelaburan secara aktif dalam bidang yang dibenarkan.

“Peserta program juga dibenarkan untuk bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan yang sah mengikut undang-undang negara,” katanya dalam sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Bagi memastikan pelaksanaan PVIP Malaysia tidak menggugat aspek keselamatan dan kedaulatan negara, Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan dasar kawalan antaranya pengenalan siling bilangan peserta, iaitu prinsipal dan tanggungan pada satu-satu masa tidak melebihi satu peratus dari jumlah warganegara Malaysia.

“Kalau warganegara sekarang 30 juta, maka bermakna hanya satu peratus (peserta) mesti ada dan ia merupakan satu jumlah siling yang merangkumi juga (peserta) Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H),” katanya.

Mengenai syarat penyertaan, Hamzah berkata PVIP Malaysia terbuka kepada semua kategori umur dan mempunyai bukti pendapatan (offshore income) sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan atau RM480,000 secara tahunan.

Syarat lain adalah pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta dan tiada pengeluaran dibenarkan ke atas nilai prinsipal, manakala pengeluaran sebanyak 50 peratus daripada nilai prinsipal dibenarkan selepas setahun menyertai program bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan.

Beliau berkata KDN menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 peserta dalam tahun pertama program itu dilaksanakan, dengan anggaran hasil kepada negara sebanyak RM200 juta dan simpanan tetap sebanyak RM1 bilion.

“KDN berkeyakinan program ini mampu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing yang akan mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Di samping itu, permintaan mata wang Ringgit Malaysia juga akan meningkat dan nilainya akan mengukuh berbanding mata wang negara asing," katanya.

Beliau berkata KDN memberi jaminan bahawa Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan program PVIP Malaysia itu menepati dasar dan matlamat pelaksanaannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Dulu Penyokong, Sekarang Saya Musuh Nombor 1 Muhyiddin’ - Hamzah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam